Perlawanan begitu rancak di awal permainan dengan kedua-dua pasukan saling membuat setangan bertubi-tubi.
Harimau Malaya terlebih dahulu membuat jaringan pada minit ke 11 perlawanan oleh Kogileswaran. Gole tersebut diperoleh melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti.
Permainan semakin rancak kerana kedua-dua pasukan inginkan kemenangan untuk meloloskan diri ke peringkat sepatuh akhir nanti.
Malaysia hampir mendapat sepakan penalti pada minit ke 23 setelah Safawi yang berlari memasuki kotak penalti dijatuhkan oleh pertahanan Indonesia namun dinafikan oleh pengadil.
Pada minit ke 34, Harimau Malaya hampir menambah jaringan namun lorongan bola Syafiq Ahmad sedikit ke sisi gawang gol Indonesia. Syafiq mendapat hantaran jauh dari Safawi Rasid.
Di sebalik peluang menambah jaringan, Indonesia pula berjaya membuat jaringan pertama mereka dua minit selepas itu. Gol hasil tolakan bola oleh Irfan Jaya menjadikan kedudukan kedua-dua pasukan seimbang 1-1.
Indonesia berjaya menambah jaringan pada minit ke 43 melalui Irfan Jaya juga. Kedudukan tidak berubah sehingga tamat separuh masa pertama, Indonesia berada di hadapan 2-1.
IDalam separuh masa kedua, Indonesia berjaya menambah jaringan pada minit ke 49 oleh Pratama Arhan. Seterusnya Elkan Baggott pada minit ke 82 sehingga tamat dengan kedudukan Malaysia tewas 1-4 kepada Indonesia.
Foto : AFF