Walaupun telah menjuarai Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut namun Johor Darul Ta’zim (JDT) terus ‘bernafsu’ untuk mengekalkan status sebagai pasukan terbaik Liga Malaysia (Liga M).
Sebagai bukti, skuad Harimau Selatan itu bakal mengharungi persiapan pra musim mereka bagi mengharungi Liga Malaysia 2022 dengan persiapan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang empat kelab Eropah iaitu Spartak Moscow dan Rodina Moscow (Russia); Riga FC (Latvia) serta MSK Zilina (Slovakia) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Januari depan.
Spartak Moscow kini bagi musim 2021/22 menduduki tangga ke-9 dalam saingan liga tertinggi Rusia, Liga Premier Rusia. Pasukan tersebut pernah menjuarai Liga Premier itu pasa musim 2016/2017 dan tangga kedua liga pada musim lepas (2020/1021).
Spartak Moscow kini bagi musim 2021/22 menduduki tangga ke-9 dalam saingan liga tertinggi Rusia, Liga Premier Rusia. Pasukan tersebut pernah menjuarai Liga Premier itu pasa musim 2016/2017 dan tangga kedua liga pada musim lepas (2020/1021).
“Skuad Harimau Selatan akan melapor diri untuk pra-musim pada bulan Januari dan kemudiannya akan terbang ke UAE untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dan aktiviti bersama pasukan.
“Ini adalah kali kedua JDT melawat UAE untuk pra-musim, sama seperti yang dilakukan pada tahun 2020. Pandemik Covid-19 telah menghalang perancangan-perancangan untuk pra-musim yang berpangkalan di luar negara pada 2021,” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.
JDT telah menutup tirai musim 2021 sebagai juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut namun terlepas peluang untuk melengkapkan kejuaraan berganda apabila tewas kepada Kuala Lumpur City dalam aksi final Piala Malaysia.
Pengarah Sukan JDT, Martin Prest turut memaklumkan beberapa perkembangan terkini berhubung pemain yang keluar masuk pasukan itu bagi musim 2022.
Menurut Martin Prest, JDT sedang dalam rundingan untuk menandatangani seorang pemain tempatan dan empat pemain luar negara bagi musim 2022 dan akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat.
“Hong Wan, bekas pemain Wolverhampton Wanderers telah menerima pasport Malaysia dan dia akan memperkuatkan skuad JDT 2022.
“Seorang daripada empat pemain luar negara baru akan digandingkan dengan Bergson manakala yang lain akan diserapkan ke JDT II untuk digunakan dalam sistem ‘rotation’.
“JDT turut akan meminjamkan Irfan Fazail dan Stuart Wilkins ke Sabah, Fadhli Shas dan Syazwan Andik ke Melaka United dan kini sedang berbincang dengan beberapa kelab untuk meminjamkan Syafiq Ahmad.
Beberapa media tempatan turut mengaitkan pinjaman Syafiq Ahmad ke Kuala Lumpur City atau Kedah Darul Aman FC kerana kedua-dua pasukan itu akan bersaing dalam Piala AFC musim depan.
JDT juga akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi,” ujar Prest.
Endrick dos Santos masih bermain untuk pasukan Pulau Pinang musim hadapan dan ia menjadikannya tahun kelima beliau beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Ia membolehkan beliau yang masih berumur 26 tahun memohon untuk dinaturalisasikan dan seterusnya layak diberi beri status pemain tempatan serta mewakili pasukan Harimau Malaya jika diperlukan.
Endrick adalah antara pemain yang membantu Pulau Pinang FC menjuarai Liga Premier 2020 dan mencapai keputusan yang cemerlang menduduki tangga ketiga Liga Super 2021.
Sumber : Utusan Online