Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) beberapa jam yang lepas telah mengumumkan perkembangan terkini mengenai barisan pemain pasukan itu untuk saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim depan, 2022.
Menurut kenyataan rasmi JOHOR Southern Tigers, mereka sedang dalam rundingan untuk menandatangani seorang lagi pemain tempatan dan empat pemain luar negara.
Turut diumumkan juga seorang pemain tengah import Penang, Endrick Dos Santos akan menyertai Harimau Selatan dengan status sebagai pemain naturalisasi.
Dos Santos telah mula bermain dalam Liga Malaysia sejak tahun 2018 bersama Felcra FC. Selepas itu berhijrah ke Selangor dan tahun berikutnya, 2020 bersama Pulau Pinang selama dua tahun.
Baca juga : NATHANIEL SHIO HONG WAN TIDAK AKAN BERMAIN DI MALAYSIA JIKA BUKAN KERANA JDT
Dijangka Santos masih bermain bersama Pulau Pinang sebagai penggerak utama pasukan. Beliau berperanan membantu pasukan Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super dan seterusnya berada di tempat ketiga Liga Super 2021.
Beliau juga membantu Pulau Pinang menjuarai Liga Premier pada musim 2020.
Baca juga : PEMAIN REMAJA WOLVES, NATHANIEL SHIO HONG WAN BAKAL SERTAI JDT
Santos juga turut menjaringkan sebanyak 4 gol dalam Liga Super musim ini dan 12 gol dalam semua perlawanan sejak 2020 bersama Pulau Pinang.
Bagaimanapun, pemain kelahiran Brazil itu akan menyertai JDT pada musim 2023.
“JDT akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi.
“Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang,” kata Martin Prest, Pengarah Sukan JDT.
Endrik dos Santos berusia 26 tahun, kelahiran BraIl dengan ketinggian 1.83 meter.