Skuad Sabah FC serius untuk memberi saingan sengit dalam saingan Liga Super musim depan apabila mengumumkan kemasukan dua lagi pemain baharu dari Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman selama setahun.

Menerusi laman rasmi Facebook kelab itu, kedua-dua pemain itu adalah bekas kapten skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Irfan Fazail dan Stuart Wilkin.

Khidmat kedua-dua pemain itu diperlukan oleh pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee untuk membentuk jentera tengah yang mantap.

Kehadiran Irfan yang banyak beraksi untuk JDTII musim seperti seperti reunion pasukan Harimau Muda kendalian Kim yang memenangi Pingat Emas Sukan SEA 2011.

Ketika bersama Harimau Muda, Irfan pernah menarik perhatian kelab berpengkalan di Slovakia iaitu FC Vion dan sempat melakukan beberapa penampilan.

Bekas Kapten pasukan Harimau Muda itu berusia 30 tahun kelahiran Pontian, Johor ini antara pemain yang turut sama memenangi Pingat Emas Sukan SEA 2011 bersama pasukan Kebangsaan yang ketika itu dipimpin oleh Datuk Ong Kim Swee. 

Bertindak selaku “Playmaker”, Irfan Fazail juga pernah menarik perhatian Kelab berpengkalan di Slovakia  iaitu FC Vion dan sempat melakukan beberapa penampilan. Irfan akan menyertai Skuad Badak secara pinjaman daripada JDT selama setahun.

Adik Irfan Fazail, Afiq turut bersaing dalam Liga Malaysia dan menjadi pemain ‘regular’ dan nadi kepada psukan JDT.

Stuart pula merupakan pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England.

Sepanjang musim 2021, dia beraksi dengan konsisten bersama pasukan JDT II pada posisi sayap.

Berusia 22 tahun, dia juga merupakan produk Akademi Southampton FC.

Pada dua tahun lalu, Stuart pernah menyatakan minat menyarung jersi pasukan bawah 23 tahun Malaysia ketika di bawah kendalian Kim Swee. 

Sumber : MalaysiaGazette

Foto : Sabah FC