Harimau Malaya meneruskan kemenangan bergaya apabila berjaya menewaskan pasukan Laos 4-0 dalam kejuaraan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura sebentar tadi di Stadium Bishan.
Kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan Malaysia di tangga teratas kumpulan B sebelum perlawanan lain kumpulan.
Harimau Malaya berada di tangga teratas dengan mengutip 6 mata penuh selepas dua perlawanan. Sebelum ini Malaysia menewaskan pasukan Kemboja 3-1 di Stadium Bishan, Singapura.
Sebentar tadi Laos kecundang di tangan Malaysia 0-4 hasil jaringan hatrik Safawi Rasid pada minit ke 7, 34 dan 80 perlawanan. Manakala satu lagi gol dari pemain pertahanan, Shahrul Saad.
Kedua-dua gol separuh pertama tersebut hasil bantuan dari pemain paing bernilai ABK2021, Arif Aiman.
Dalam perlawanan itu juga, Safawi Rasid, penyerang JDT membuktikan bahawa dirinya masih berbisa dan patut digeruni pihak lawan.
Safawi telah menjaringkan 4 gol peribadinya sepanjang kejuaraan AFF Piala Suzuki 2020. Sebelum ini beliau telah menjaringkan 1 gol melalui sepakan penalti ketika menentang pasukan Kemboja. Dalam perlawanan tersebut Malaysia menang 3-1 dengan Kemboja.
Kesebelasan utama Malaysia : Khairul Fahmi (GK), Shahrul Saad, Rizal Ghazali, Syahmi Safari, Aidil Zafuan, Mukhairi Ajmal, Baddrol Bakhtiar, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Arif Aiman, Luqman Hakim.
Lima pemain dari Johor Darul Ta’zim membarisi kesebelasan utama Malaysia sebentar tadi dan keempat-empat gol dijaringkan oleh pemain JDT.
Tahniah psukan Harimau Malaya. Mereka akan bertemu pasukan Vietnam pada hari Ahad, 12 Disember ini. Perlawanan ini penting untuk Malaysia bagi melayakkan diri ke separuh akhir nanti.
Foto : AFF