Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa dua pemain skuad Harimau Malaya ke Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura disahkan positif Covid-19 selepas keputusan ujian PCR yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lalu.

Mohd Saifuddin Abu Bakar, Setiausaha Agung FAM, berkata, dua pemain berkenaan ialah Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim.

Saifuddin berkata, kedua-dua mereka kini telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga 10 hari oleh pihak berkuasa di Singapura.

“Selain daripada dua pemain ini yang dikuarantinkan, aktiviti kita selain itu tidak terganggu.

“Maknanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan kita untuk menjalani latihan seperti biasa.

Tahap kesihatan mereka akan dipantau secara harian memandangkan mereka tidak bergejala.

Jika ujian selanjutnya itu mendapati pemain tersebut telah bertukar status kepada negatif Covid-19, maka mereka akan dibenarkan untuk kembali menyertai aktiviti bersama pasukan dengan serta-merta dan juga dapat beraksi pada baki kejohanan ini, kata Saifuddin.

Walaupun tanpa dua pemain tersebut, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tetap akan meneruskan perlawanan pertama Kumpulan B berdepan Kemboja di Stadium Bishan, petang esok dengan baki pemain lain yang ada selepas kesemua mereka diuji negatif pada ujian susulan yang telah pun dilakukan.

Sumber : Sinar Harian