Johor Darul Ta’zim (JDT) bertekad melakukan apa sahaja untuk menjuarai Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100 pada perlawanan akhir menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Benjamin Mora, Ketua jurulatih JDT berkata sebagai juara bertahan, Harimau Selatan akan mengekalkan identiti pasukan yang sentiasa dahagakan kemenangan dan taktik permainan agresif dalam pertembungan malam 

“Sudah tentu anda boleh menjangkakan JDT menjadi JDT, kami tidak akan berdiam diri untuk menunggu dan melihat apa yang akan berlaku dalam perlawanan ini.

“Itulah satu-satunya cara anda boleh memenangi perlawanan akhir, dengan menjaringkan gol, jadi ia semudah itu.

Selepas memenangi beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia 2019 sejak melatih Harimau Selatan pada 2018, Mora mengakui amat penting untuk JDT mengekalkan prestasi optimum walaupun ‘masuk-masuk’ pemain dan barisan kejurulatihan.

Justeru, Mora berkata perlawanan akhir menentang KL City amat penting kepada pasukan kerana mereka sudah mula menjayakan kejuaraan sebagai budaya.

“Jadi motivasi itu ada, ia mula menjadi saat yang baik kemudian ia menjadi kebiasaan dan tradisi.

“Ia sangat sukar, tekanan sangat tinggi pada tahap terbaiknya, di bahagian atas, tetapi kami perlu menghadapi tekanan dan kami perlu menyampaikan kepada pengurusan apa yang mereka perlukan daripada kami,” kata Mora, sambil menambah bahawa pasukannya adalah bebas kecederaan dan motivasi pemain berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, kapten JDT Mohd Farizal Marlias menyatakan perkara yang sama, berkata kemenangan esok adalah penting kerana ia akan menjadi bersejarah dan yakin dia dan rakan sepasukannya bersedia untuk melaksanakan tugas tersebut.

“Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang mahu memenangi perlawanan esok, esok sangat penting untuk kami dan kelab kerana kami mahu meletakkan nama JDT sebagai juara Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100 penubuhannya. Itu sangat bermakna kepada kami dan kelab,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui JDT tidak boleh memandang mudah KL City yang mempunyai kekuatan tersendiri terutama ancaman daripada set piece.

Sumber : Bernama

Foto : The Photoshooterz