Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) khususnya pemegang pas bermusim kelab itu berpeluang turut serta meraikan Sambutan Kejuaraan Liga Super Malaysia kali-8 berturut-turut yang akan diadakan pada 12 September ini.
Sambutan itu akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Menurut kenyataan JDT, mereka yang berminat perlu melengkapkan borang pendaftaran kemasukan.
“Sila lengkapkan borang pendaftaran kemasukan anda melalui link https://jdtfc.odoo.com/event/season-pass-registration-champi8ns-night-2021-09-12-11/register.
“Tempoh permohonan pendaftaran ini akan berakhir pada pukul 5 petang, 8 September 2021,” jelas kenyataan itu.
Pada 27 Ogos lalu, JDT sah dinobatkan selaku juara Liga Super 2021 selepas menjinakkan skuad Tok Gajah 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Kemenangan tersebut menyaksikan JDT melakar sejarah baharu Liga Super apabila mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka buat lapan musim berturut-turut sejak memenanginya pertama kali pada 2014.
Tambah kenyataan itu lagi, setiap permohonan adalah untuk kemasukan sebuah kereta ke tempat letak kenderaan yang disediakan.
“Pergerakan bagi yang telah lengkap divaksin (termasuk 14 hari), jumlah individu dalam sebuah kenderaan adalah mengikut kapasiti kenderaan tersebut.
“Manakala yang belum lengkap divaksin terhad kepada dua individu sahaja dengan tambahan syarat perlu menjalani ujian calitan Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum majlis,” jelasnya.
Kenyataan itu turut memaklumkan hanya penyokong dengan klasifikasi ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dibenarkan masuk.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeti ini adalah wajib dipatuhi dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda tidak dibenarkan masuk,” tambah kenyataan itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan juga telah mengeluarkan beberapa peraturan kepada penyokong yang terlibat iitu :
1. Hanya kereta yang berdaftar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan Stadium Sultan Ibrahim.
2. Bagi para penyokong yang telah Lengkap Divaksin, anda dibenarkan menyertai sambutan ini dan jumlah individu dalam sebuah kereta adalah mengikut kapasiti kenderaan tersebut termasuk kanak-kanak berumur 17 tahun dan ke bawah.
3. Bagi para penyokong yang BELUM Lengkap Divaksin, anda perlu menjalani ujian calitan Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum sambutan berlangsung dan had kapasiti kenderaan dibenarkan hanya dua orang dewasa.
4. Hanya para penyokong yang berstatus ‘Risiko Rendah’ dan ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ di applikasi MySejahtera sahaja dibenarkan masuk.
5. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negeri ini adalah wajib dipatuhi dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda tidak dibenarkan masuk.
6. Kemasukan melalui Gate B sahaja. Dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.
7. Para penyokong mesti berada di dalam kereta sepanjang masa.
8. Penyokong yang ingin menggunakan tandas perlu menggunakan pelitup muka ketika keluar dari kereta dan mengekalkan penjarakan sosial pada setiap masa.
9. Penyokong tidak dibenarkan berlegar-legar di kawasan Stadium Sultan Ibrahim.
10. Dilarang membuang sampah.
11. Sila beri kerjasama kepada Marshall Stadium dan pihak berkuasa yang bertugas.
Sumber : Utusan Malaysia dan JOHOR Southern Tigers