Tidak ramai yang tahu kisah Azizan Baba atau sudah lupa yang merupakan seorang bekas pemain Johor FC sekitar tahun 2005 hingga 2011.

Azizan juga turut pernah mewakili Sarawak (2012-2013) dan Pulau Pinang (2014) serta pasukan Melaka.

Beliau kini, menurut laporan dari akhbar Berita Harian hari ini, kini dalam usaha ‘berperang’ dengan mental dan fizikal untuk pulih selepas menjalani tiga pembedahan yang dilakukan akibat kanser di peha kiri.

Beliau kini perlu menjalani proses radioterapi sebanyak 33 kali di salah sebuah hospital di Johor bermula 14 September depan.

Azizan kini genap 62 hari menjalani pembedahan ketiga pada Jun lalu bagi membuang sel kanser yang membiak 

Berita berkenaan Azizan itu telah mendapat perhatian pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Baginda berkenan menylurkan sumbangan terhadap pemain tersebut.

“Apapun, saya bersyukur hari ini menerima berita pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyumbang RM50,000 kepada saya yang tidak dapat diluahkan dengan kata- kata.

“Hanya syukur kepada Allah SWT yang tidak terhingga selepas mendapat berita yang amat bernakna terbabit. Terima kasih atas keprihatinan TMJ,” katanya yang tinggal di Bachang di sini.

“Sukar untuk membayangkan penderitaan yang dialami untuk kembali pulih selepas terdapat pembengkakan di kawasan pembedahan yang dikesan sejak dua hari lalu.

Menurutnya lagi, walaupun risau namun dia berdoa tiada kesan yang lebih buruk berlaku kerana dia perlu melalui hari-hari mendatang dengan lebih tenang dan tabah.

Beliau kini hilang pendapatan selepas tidak bekerja kerana khidmatnya sebagai jurulatih bola sepak tidak disambung susulan pandemik Covid-19. Beliau turut mengakui kini hanya bergantung harap kepada pendapatan isteri sebagai kerani bagi menampung lapan anak berusia setahun hingga 14 tahun.

Azizan mula menghidap penyakit kritikal itu sejak Ogos tahun lalu hanya disebabkan berpunca daripada hamstring selepas bermain bola sepak dalam aksi persahabatan bersama bekas pemain skuad Hang Tuah.

Sebelum ini, penderitaan Azizan itu mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Melaka, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), SAMB FC dan pemain serta penggiat bola sepak Sarawak dan Pulau Pinang.

Mana- mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di nombor akaun Maybank 154026372544 (Mohd Azizan Baba).

Sumber : Harian Metro