Tahniah JDT !

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menghampakan penyokongnya setelah memenangi perlawanan ke-20 Liga Super Malaysia menewaskan Sri Pahang dengan jaringan _. Kemenangan itu seterusnya mengesahkan JDT sebagai juara Liga Super musim 2021 yang juga merupakan kejuaraan kali kelapan berturut-turut sejak 2014.

Selepas 20 perlawanan, JDT berjaya mengutip 51 mata melalui 16 kemenangan, 3 seri dan 1 kekalahan. Dengan keputusan dan kedudukan tersebut, tiada lagi mana-mana pasukan dapat memintas JDT walaupun menang kesemua baki perlawanan mereka.

Kemenangan itu membolehkan JDT tidak perlu menunggu dua baki saingan liga untuk dinobatkan juara buat kali kelapan berturut-turut berikutan mana-mana lawan terutama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak mampu mencabar walaupun menang pada semua perlawanan.

KDA FC (35 mata) sekarang ini berada di tempat ketiga di belakang Terengganu FC (37 mata)dan kurang dua perlawanan.

Pemain import JDT dari Brazil, Bergson da Silva memulakan jaringan pada minit ke 8 perlawanan. Jaringan itu diperoleh JDT hasil daripada kesilapan pertahanan Sri Pahang.

Sri Pahang berpeluang menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke 15, namun cubaan tersebut terus ke dakapan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

JDT hampir dapat menambah jaringan apabila cubaan solo dari Safiq Rahim pada minit ke 30 tersasar sedikit di kiri pintu gol Sri Pahang.

Bergson berjaya menambah jaringan pada minit ke 41 hasil dari bantuan Safiq Rahim. Bergson mudah menolak masuk bola. Lambungan bola tersebut tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Sri Pahang.

Empat minit kemudian, sekali lagi Bergson mencipta hatrik di mana rembatannya melepasi penjaga gol Sri Pahang, Daniel Wafiuddin. Ia hasil dari permainan satu dua bersama Gonzalo Cabrera.

Gol Bergson itu sekali gus menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini ketika ini dengan 23 gol dan diikuti dengan Ifedayo Olesegun dari Selangor.

Kedudukan JDT mendahului Sri Pahang 3-0 kekal sehingga akhir permainan separuh masa pertama.

Sri Pahang memulakan separuh masa kedua dengan beberapa asakan dan percubaan namun berjaya digagalkan oleh pertahanan JDT.

Bergson hampir menambah jaringan pada minit ke 57 namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Sri Pahang di hadapan pintu gol

60′ – Syafiq Ahmad dibawa masuk menggantikan Safiq Rahim. Beliau sebelum ini hanya diturunkan sekali dalam perlawanan Liga Super menentang Melaka United FC selama 3 minit. Ini adalah penampilan kedua musim ini.

61′ – Percubaan Bergson melalui volley kuat terkena palang gol.

63′ – Percubaan Syafiq Ahmad dari luar kotak penalti sedikit tersasar atas palang gol.

77′ – Sumareh, bekas pemain Sri Pahang masuk menggantikanLeandro Velazquez.

81′ Rembatan leret Syafiq Ahmad dapat diselamatkan oleh Daniel Wafiuddin dalam kotak penalti.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Perlawanan berikutnya bagi JDT adalah pada 4 September ini.

Kesebelasan utama JDT :
Farizal Marlias (c), Matthew Davies, Adam Nor Azlin, Safiq Rahim, Bergson da Silva, Leandro Velázquez, Gonzalo Cabrera, Azrif Nasrulhaq, Natxo Insa, Maurício, Arif Aiman Hanapi
Pemain Simpanan JDT :
Izham Tarmizi, Afiq Fazail, Syamer Kutty Abba, Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Mohamadou Sumareh, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Guilherme De Paula

Keputusan penuh : JDT (3) – (0) Sri Pahang

Bergson (8′, 41′, 45′)

Baca juga :
MENANTI SAAT ‘BAKAR BUNGA API’ MALAM INI
MAMPUKAH PAHANG MENGHALANG JDT RAIKAN KEJUARAAN LEBIH AWAL ?
TMJ MEMPUNYAI VISI YANG LEBIH BESAR SELEPAS JDT MENJUARAI LIGA SUPER ?

Foto : JOHOR Southern Tigers