Benarkah pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan meninggalkan pasukan itu dalam masa terdekat ini ?

Ia menjadi satu tajuk perbualan di kalangan penyokong kelab tersebut. Tanda tanya tersebut timbul selepas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) seakan-akan memberi bayangan untuk berbuat demikian melalui satu komen yang ditinggalkan oleh baginda di laman Instagram pasukan terbabit.

Baginda dipetik :

“Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

“Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun.

“Ini saya punya last hadiah kepada kelab,” kata Tunku Ismail.

Komen terbabit dimuat naik pada gambar yang memaparkan rekabentuk berkonsep tiga dimensi (3D) Pusat Latihan JDT yang baharu.

Dalam kemaskini terbabit juga, JDT memaklumkan pembinaan pusat latihan yang baharu yang akan dimulakan pada Oktober ini.

Ianya termasuk meratakan tanah dan pemasangan infrastruktur asas seperti kabel kuasa dan paip air.

Sumber : Berita Harian