Perlawanan dalam saingan Liga Super minggu ketujuh malam ini antara Perak FC melawan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) antara aksi yang menarik malam ini di Stadium Perak, Ipoh.
Kedua-dua pasukan masing-masing memerlukan kemenangan agar kedudukan mereka terselamat dan selesa. Bagi Perak FC hanya kemenangan sahaja yang mampu melihat pasukan itu tidak terjerumus ke zon bahaya.
Perak sehingga lapan perlawanan menduduki tangga ke lapan dengan mengutip lapan mata sahaja. Perak boleh turun ke tangga ke 10 sekiranya tewas dan disamping itu Sabah dan Melaka United menang dalam perlawanan ke-9.
Manakala bagi pasukan KDA FC pula nereka perlu menang agar jarak dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak terlalu jauh untuk dipintas. Jika menang malam ini, KDA FC boleh mengekori JDT dengan empat mata sahaja. Jika tewas maka jarak dengan JDT akan semakin jauh iaitu 7 mata.
Bagi JDT, jika kekalahan buat KDA FC akan membuatkan mereka lebih selesa di atas.
JDT sedang berada di tangga teratas dengan kutipan 23 mata hasil daripada 7 kemenangan dan 2 kali seri. Ia diikuti di tempat kedua oleh pasukan Terengganu FC (TFC) yang mengutip 18 mata, 5 mata di belakang JDT.

Perlawanan seterusnya yang ke-10 adalah lebih menarik iaitu pertembungan antara JDT dan TFC pada 24 April nanti.
JDT berjaya menundukkan Sr Pahang FC 2-0 semalam di Stadium Darul Makmur, Kuantan hasil jaringan Leandro Velazquez (23’) dan Bergson da Silva (90’+4). Seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di persada liga.
Jaringan peribadi ke-9 Bergson itu juga menyaksikan beliau menduduki tangga teratas penjaring terbanyak Liga Super musim ini setakat ini. Ia diikuti oleh Ifedayo Olusegun (Selangor) dan Kpah Sherman (Kedah) yang masing-masing menghailkan 5 gol.
Foto : The Photoshooterz