Perlawanan Liga Super minggu ke tujuh antara Sabah dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini menjadi tumpuan penyokong pasukan Sabah. Perlawanan yang akan dimulakan jam 8.15 malam itu mendapat kebenaran disaksikan oleh penonton di stadium tersebut.
Mengikut laporan akhbar Harian Metro, tiket untuk perlawanan tersebut sangat laku dan telah habis dijual. Jualan tiket yang hanya dibenarkan sebanyak 2,957 tiket hanya dijual secara online melalui laman sesawang tickethotline.com.my.
Tiket tersebut laku dan terjual hanya dalam jangka masa 1 jam selepas jualan dibuka. Jualan yang cepat dan laris ini menunjukkan perlawanan malam ini adalah satu perlawanan yang menarik dan menjadi perhatian penyokong.
Ia disusuli pula sudah sekian lama penyokong tidak dapat hadir ke stadium kerana tidak mendapat kebenaran dari pihak kerajaan susulan pandemik Covid-19.
Menurut laporan itu lagi, sebanyak empat kawasan tempat duduk disediakan oleh pihak Sabah FC untuk penyokong yang sudah membeli tiket perlawanan iaitu di Zon A, B, C serta D. Tiket bagi kawasan tempat duduk Zon A dan D dijual dengan harga RM22.66 manakala bagi kawasan tempat duduk Zon B dan C berharga RM28.84.
Antara peraturan lain yang telah ditetapkan kepada penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan esok adalah mereka perlu berada di dalam kawasan stadium sebelum 7.45 malam.
Kedua-dua pasukan akan beraksi dalam saingan Liga Super untuk perlawanan ketujuh. JDT mengunguli carta liga berada di tangga teratas dengan kutipan 14 mata hasil dari 4 kemenangan dan 2 kali seri.
Manakala Sabah FC di tangga ke lapan dengan hanya 5 mata melalui 1 kemenangan dan 2 kali seri.
Bagi JDT, perlawanan malam ini adalah penting kerana hanya kemenangan sahaja dapat mengukuhkan kedudukannya di persada liga. Seri atau tewas akan memberi ruang pada pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memintas sekiranya KDA FC menang dalam perlawanan menentang Selangor FC pasa malam yang sama.
Bagi Sabah FC pula, perlawanan itu penting bagi mereka. Mereka akan seberapa daya pastikan kemenangan untuk mengelakkan dari berada di zon bahaya.
Sumber : Berita Harian // Foto : The Photoshooterz