Juara tujuh tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), pasa awal tahun membuat satu kejutan dan sejarahnya tersendiri apabila menandatangani seorang pemain import dari negara terangga, Indonesia. JDT buat pertama kalinya menerima kehadiran pemain dari Indonesia, Syahrian Abimanyu, yang merupakan bintang muda negara itu.
Namun belum sempat hadir dan beraksi dengan Harimau Selatan, Abi, nama singkatannya, telah dipinjamkan ke pasukan dari Liga-Australia, Newcastle Jets, pada sekitar Februari. Mengikut perjanjian, beliau dipinjamkan sehingga akhir musim liga tersebut.
Bersama-sama dengan Abi, pemain JDT yang turut dipinjamkan ke Newcastle Jets adalah Liridon Krasniqi. Liridon lebih bernasib baik kerana lebih awal diberi peluang membuat penampilan bersama skuad itu. Debut Liridon adalah pada 13 Mac lepas dalam perlawanan menentang Sydney FC di mana Newcastle Jets tewas 1-2 dalam aksi di tempat lawan.
Sehingga kini (minggu ke-14), Newcastle Jets berada di tangga ke-11 daripasa 12 pasukan dalam carta liga tersebut.
Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi, telah membuat sebanyak 3 penampilan, namun masih belum tersebarai dalam kesebelasan utama skuad.
Sejarah Buat Syahrian Abimanyu
Pada petang ini, jam 3.30 (waktu Malaysia), pasukan Newcastle Jets akan bertemu Western United di laman sendiri. Sejarah buat pemain muda JDT, Syahrian Abimanyu, 21 tahun, apabila buat pertama kalinya disenaraikan dalam skuad Newcastle. Namun menjadi harapan beliau dan peminat agar beliau dapat beraksi dalam pertemuan tersebut.
Peluang Abi membuat penampilan sulung adalah cerah dan semakin hampir apabila tersenarai dalam perlawanan yang 3 jam sahaja lagi. Begitulah ungkapan dari jurulatih pasukan, Craig Deans.
“Abi sudah di sini selama empat hingga lima minggu, berlatih penuh dan dia makin dekat dan makin berpeluang [untuk bermain.” ujar Deans melalui laman rasmi Newcastle Jets.
Deans menambah, mungkin ada kesempatan melihat Abi bermain dari bangku simpanan.
Abi telah menunjukkan prestasi yang baik ketika latihan selama empat hingga lima minggu dan ia menjadi faktor kenapa beliau disenaraikan.
“Secara fizikal, dia mengejar apa yang diperlukan, dia memiliki sesuatu yang sedikit berbeza, dia mungkin boleh jadi pilihan dari bangku simpanan,” kata Deans.
Senarai Skuad :
1.Lewis ITALIANO (gk), 3.Jason HOFFMAN, 6.Steven UGARKOVIC, 8.Liridon KRASNIQI, 9.Roy O’DONOVAN, 11.Ramy NAJJARINE, 14.Ali ABBAS, 16.Matt MILLAR, 17.Valentino YUEL, 20.Syahrian ABIMANYU, 21.Luka PRŠO, 22.Lachlan JACKSON, 23.Jack DUNCAN (gk), 24.Connor O’TOOLE, 26.Archie GOODWIN, 28.Blake ARCHBOLD, 32.Angus THURGATE, 33.Apostolos STAMATELOPOULOS, 44.Nikolai TOPOR-STANLEY (c), 51.Jordan LENNON.
Update senarai pemain :



Foto : Newcastle Jets
Keputusan Akhir :

