Berikut adalah kesebelaan utama JDT menentang Melaka United dalam saingan Liga Super minggu keenam yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini, 02 April 2021.

Kesebelasan Utama JDT : Haziq Nadzli (26), Adam Nor Azlin (3), Mauricio Nascimento (33), S. Kunanlan (12), Corbin Ong (22), Hariss Harun (14), Leandro Velazquez (10), Afiq Fazail (4), Arif Aiman (42), Gonzalo Cabrera (11), Bergson da Silva (9).

Simpanan JDT : Farizal Marlias (1), Syamer Kutty Abba (5), Aidil Zafuan (7), Mohamadou Sumareh (13), Feroz Baharudin (15), Daniel Amier (16), Akhyar Rashid (19), Nazmi Faiz Mansor (21), Syafiq Ahmad (28).

JDT melakukan banyak perubahan ke atas barisan kesebelasan utamanya malam ini. Hanya beberapa pemain utama atau pemain yang kerap diturunkan dalam perlawanan sebelum ini direhatkan memberi ruang kepada pemain lain yang belum pernah berada dalam kesebelasan utama mahu pun belum lagi tersenarai.

Pemain utama yang dikekalkan adalah seperti Mauricio Nascimento, Corbin Ong, Leandro Velazquez, Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera dan Bergson da Silva. Satu perlawanan yang menarik yang akan dapat kita tontoni nanti dengan melihat keserasian pemain yang diturunkan dan kemampuan pemain yang jarang diturunkan.

Di barisan benteng terakhir JDT, JDT memperagakan dan menurunkan Haziq Nadzli yang sebelum ini belum pernah tersenarai, namun kali ini terus diberi kepercayaan membuat debutnya musim ini bersama kesebelasan utama JDT. Lima perlawanan sebelum ini menyaksikan Farizal Marlias memonopoli barisan utama manakala Izham Tarmizi duduk dibangku simpanan dalam kelima-lima perlawanan pertama JDT musim ini. Ianya menjadi satu cabaran buat Haziq Nadzli yang sebelum ini diturunkan dalam skuad JDT II.

Selain itu, di barisan pertahanan, malam ini merupakan kali kedua buat Adam Nor Azlin berada dalam kesebelasan utama JDT. Sebelum ini beliau berada dalam kesebelasan utama ketika menentang pasukan UiTM. Sebelum itu beraksi selama 65 minit dalam perlawanan menentang Penang FC menggantikan Mauricio Nascimento yang dilanda kecederaan.

Hariss Harun – Pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama JDT. Telah membuat tiga penampilan beraksi sebagai pemain gantian. Kemunculan Haris ini jelas menggantikan Natxo Insa yang digantung dalam perlawanan malam ini. Ia dilihat tidak menjadi masalah buat Haris yang sentiasa menjadi pemain regular dalam kesebelasan utama musim-musim sebelum ini.

Arif Aiman – Diturunkan buat kali ketiga dalam kesebelasan utama JDT malam ini. Beliau belum pernah disisih dan telah beraksi dalam kelima-lima perlawanan JDT sebelum ini. Ia satu peningkatan dan penonjolan yang baik untuk diri beliau setelah dilihat beraksi cemerlang dan sentiasa bergerak lincah dan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian kita dan amat dinantikan adalah dua pemain muda, Danial Amier, 24 tahun, dan Feroz Baharudin, 21 tahun, turut tersenarai dalamm senarai pemain simpanan buat pertama kali bagi mereka berdua. Menjadi harapan peminat JDT untuk menyaksikan aksi mereka berdua buat pertama kalinya musim ini lebih-lebih lagi Danial Amier yang baharu menyertai JDT musim ini.

Sehingga minggu kelima saingan Liga Super musim ini, JDT masih unggul berada di atas carta liga dengan mengutip 11 mata dengan jaringan sebanyak 11 gol. Ia diikuti dengan pasukan Terengganu FC (TFC) yang berada satu mata di belakang JDT dengan jaringan sebanyak 9 gol.

Perlawanan JDT sebelum ini adalah menentang Perak FC di Stadium Perak di amna Perak berjaya mengikat JDT dengan jaringan 2-2. Gol-gol JDT dijaringkan oleh Akhyar Rashid dan Leandro Velazquez. Sementara itu pencabar terdekat JDT, TFC pula tewas dengan pasukan Sabah1-2 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

11 jaringan gol JDT dihasilkan oleh Bergsonda Silva (2), Leandro Velazquez (2), Safawi Rasid, Natxo Insa, Rodriguez, Arif Aiman, Gonzalo Cabrera, Syamer Kutty dan Akhyar Rashid.

Farizal Marlias diletakkan dalam barisan simpanan dan direhatkan setelah berjaya mencipta ‘clean sheet’ dalam tiga perlawanan pertama musim ini.

Kredit Grafik : Vocketfc dan BBST15