Johor Darul Ta’zim (JDT) seharus bangkit untuk kembali menemui rentak kemenangan ketika melayani kehadiran Melaka United FC (MUFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Skuad bimbingan Benjamin Mora tidak mampu lagi keciciran tiga mata selepas mencatat dua keputusan seri berturut-turut sebelum ini iaitu ketika menentang Selangor (1-1) di laman sendiri dan Perak (2-2) di Ipoh.

Ia menjadikan JDT kerugian empat mata daripada dua perlawanan tersebut yang sepatutnya memperoleh enam mata penuh sekiranya kedua-dua perlawanan itu menghasilkan kemenangan.

Apa yang diperkatakan Mora mungkin satu kenytaan mengenai setiap pasukan yang berdepan JDT akan bermain bermati-matian apabila tiba-tiba tampil dengan aksi luar biasa dan itu juga mungkin berlaku apabila melayan MUFC.

Benjamin Mora, pengendali dari Mexico itu juga perlu mengambil inisiatif membentuk formasi permainan yang lebih ampuh kerana jika diamati selepas mengharungi empat perlawanan, taktikal yang diterapkan Mora tampak seakan-akan sudah dapat dibaca pasukan lawan.

Mora juga perlu memperkemaskan lagi ‘set-piece’ apabila memperoleh sepakan sudut. Ini berikutan ketika aksi menentang Perak FC, JDT yang memperoleh 17 sepakan sudut gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Kelibat Bergson Da Silva juga harus mantap bagi membuktikan kredibiliti selaku penyerang utama. Posisi tengah yang menjadi nadi utama harus memliki kreativiti merencana strategi untuk membantu barisan serangan.

Bagaimana pun, kehadiran penyokong JDT walaupun tidak ramai pada perlawanan malam ini nanti bakal menghidupkan kembali semangat juang barisan pemain untuk memberi persembahan lebih mantap bagi menjelmakan kembali tiga mata yang terlepas pada dua perlawanan lalu.

JDT akan menyambut kehadiran Melaka United malam ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini jam 9.00 . JDT akan turun tanpa Natxo Insa yang baru sahaja didenda RM10,000 dan digantung perlawanan malam ini.

Namun JDT mempunyai ramai pilihan menggantikan Natxo Insa dan ia tidak begitu membimbangkan Benjamin Mora.

Artikel Penuh : Berita Harian