Sup ikan merah memang sedap, lebih-lebih lagi jika dimakan ketika waktu hujan dan ketika masakan itu panas lagi. Memang melazatkan. Aroma sup ikan itu sahaja sudah mampu membangkitkan selera.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah anggaran 800grm

3 biji tomato

Jus perahan limau nipis secukupnya

1 pokok daun sup

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Bahan tumis:

1 bungkus sup bunjut ikan-adabi

2 biji bawang merah

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

5 biji lada hitam

5 biji cili api dititk-boleh tambah

* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

Cara:

– Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .

-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Selamat mencuba dan menjamu selera.