Impian peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan pemain ada darah Malaysia, Isaac Angking untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya tidak kesanpaian apabila pemain itu memilih beraksi Puerto Rico.

Isaac Angking beraksi bersama negara itu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 zon Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) menentang St Kitts and Navis semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu telah diturunkan dalam kesebelasan utama Puerto Rico dimana beliau diberikan jersi bernombor 10 dan dia beraksi sehingga minit ke-64 sebelum digantikan dengan Wilfredo Rivera.

Walaupun diperkuatkan dengan Angking, namun Puerto Rico gagal meraih kemenangan ke atas St Kitts and Navis apabila mereka tewas dengan keputusan 1-0.

Angking yang merupakan bekas pemain New England Revolution di saingan Major League Soccer (MLS) itu mempunyai pertalian dengan Malaysia menerusi ibunya yang berasal dari Sarawak.

Menurut undang-undang yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), seseorang pemain itu tidak dibenarkan untuk menukar skuad kebangsaan yang diwakili apabila sudah beraksi dalam perlawanan rasmi yang dikelolakan oleh badan bola sepak dunia itu.

Juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini berminat untuk mendapatkan khidmat Angking.