Sejak kebelakangan ini, prestasi pengadil Liga Malaysia menjadi perbualan dan mencuri perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Berkata menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, TMJ menggesa pengelola liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mempertimbangkan penggunaan Video Assistance Referre (VAR).

Khidmat VAR telah digunakan di negara maju seperti Eropah selain dalam saingan Thai League 1 yang bermula musim 2020/2021.

Selain daripada itu, saingan J. League juga sudah mula menggunakan khidmat VAR tersebut bagi meningkatkan lagi mutu pengadilan di negara tersebut.

Menerusi perlawanan malam tadi, pengadil perlawanan antara Perak menentang JDT, Noor Azriel Baharudin dilihat telah membuat beberapa keputusan yang dianggap merugikan kedua-dua pasukan pada aksi yang berlangsung di Ipoh, Perak.

Antara beberapa insiden yang gagal dikesan oleh Azrieal ialah kekasaran yang dilakukan terhadap Bergson Da Silva dan Arif Aiman dalam kawasan penalti Perak.

Selain itu, Azriel juga turut gagal mengesan kesalahan yang berlaku ketika gol kedua Perak dijaringkan oleh Guilherme De Paula pada separuh masa kedua.