Johor Darul Ta’zim akan meneruskan cabaran dalam Liga Super minggu ke 5 (LS5) bertemu pasukan Perak FC malam ini, 21 Mac 2021 di Stadium Perak, Ipoh.
Perlawanan itu adalah perlawanan kedua JDT di laman lawan. Sehingga LS4, JDT berjaya mengutip sepuluh mata hasil dari tiga kemenangan dan sekali seri.
Ada beberapa rekod dan catatan yang dapat dikumpulkan sebelum perlawanan JDT melawan Perak FC malam ini di Ipoh.
1, JDT mencatat rekod bersih tanpa kalah – kemenangan tiga perlawanan pertama (mengatasi Kedah FC, Penang FC, UiTM FC) dan seri bertemu Selangor di Stadium Sultan Ibrahim.
2, Sejumlah 9 gol telah dijaringkan oleh JDT (KDA FC, 2-0), (PFC, 2-0), UiTM FC (4-0) dan Selangor FC (1-1).
3, Kesemua 9 gol yang dihasilkan oleh JDT adalah dari 8 orang pemain iaitu Bergson da Silva (2), Safawi Rasid, Leandro Velazquez, Natxo Insa, Fernando Rodriguez, Arif Aiman, Gonzalo Cabrera, dan Syamer Kutty Abba.
4, Jaringan Arif Aiman dalam perlawanan menentang UiTM FC pada minit ke 11 merupakan jaringan paling awal JDT musim ini setakat ini.
5, JDT dan Farizal Marlias merekodkan 3 perlawanan ‘clean sheet’ tanpa bolos sebarang jaringan pada 3 perlawanan awal.
6, Jaringan 4-0 dalam perlawanan menentang UiTM FC merupakan jaringan terbesar dalam Liga Super Malaysia musim ini setakat ini.
7, Tiga perlawanan JDT sebelum ini mendapat jumlah tontonan tertinggi melalui aplikasi youtube. Jumlahnya menghampiri 4.1 juta tontonan sehingga ke hari ini.
8, Bergson da Silva, pemain baharu JDT mula diturunkan pada LS3 menentang UiTM FC, namun Mohamadou Sumareh masih belum diberi peluang beraksi lagi.
9, Arif Aiman menjadi pemain termuda menjaringkan gol JDT sejak 2013. Arif membuat jaringan tersebut ketika berusia 18 tahun 10 bulan mengatasi Hadin Azman yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan.
10, Seramai 17 pemain JDT yang telah diturunkan dan beraksi dalam kesebelasan utama dalam empat perlawanan awal.
11, Daripada senarai 30 pemain JDT musim ini, 10 pemain masih belum membuat penampilan. 14 pemain belum pernah berada dalam kesebelasan utama JDT.
12, Farizal Marlias dan Corbin Ong merupakan dua pemain yang mempunyai rekod beraksi dalam semua 4 perlawanan sepenuh masa.
13, JDT dan Farizal hanya bolos 1 gol sahaja sehingga LS4 dan merupakan yang paling rendah dala Liga Super musim ini.
14, JDT mencipta jumlah jaringan tertinggi setakat ini dengan 9 gol.
15, Hanya JDT yang mencipta jaringan paling besar dalam satu-satu perlawanan iatu ketika menewaskan UiTM FC 4-0.
Dalam perlawanan menentang Perak malam ini nanti, penyokong sudah tentu teruja menanti kehadiran pemain import baharu JDT yang belum diturunkan lagi iaitu Mohamadou Sumareh.