Johor Darul Ta’zim akan meneruskan cabaran dalam Liga Super minggu ke 4 (LS4) bertemu pasukan Selangor esok, 17 Mac 2021 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Perlawanan itu adalah perlawanan ketiga JDT di laman sendiri. Sebelum ini dua pasukan, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Penang FC (PFC) telah menjadi mangsa kerakusan JDT setelah menang selesa dengan jaringan yang sama 2-0..

Ada beberapa rekod dan catatan yang dapat dikumpulkan sebelum perlawanan JDT melawan Selangor malam esok.

1, JDT telah mengutip mata penuh dalam tiga perlawanan sebelum ini – 9 mata. 

2, JDT mencatat rekod bersih kemenangan tiga perlawanan pertama (mengatasi Kedah FC, Penang FC dan UiTM FC).

3, Sejumlah 8 gol telah dijaringkan oleh JDT (KDA FC, 2-0), (PFC, 2-0) dan UiTM FC (4-0).

4, Kesemua 8 gol yang dihasilkan oleh JDT adalah dari pemain yang berbeza iaitu Safawi Rasid, Leandro Velazquez, Natxo Insa, Fernando Rodriguez, Arif Aiman, Gonzalo Cabrera, Bergson da Silva dan Syamer Kutty Abba.

5, Jaringan Arif Aiman dalam perlawanan menentang UiTM FC pada minit ke 11 merupakan jaringan paling awal JDT musim ini setakat ini.

6, JDT dan Farizal Marlias merekodkan ‘clean sheet’ tanpa bolos sebarang jaringan sehingga LS3.

7, Jaringan 4-0 dalam perlawanan menentang UiTM FC merupakan jaringan terbesar dalam Liga Super Malaysia musim ini setakat ini.

8, Tiga perlawanan JDT sebelum ini mendapat jumlah tontonan tertinggi melalui aplikasi youtube. Jumlahnya menghampiri 2.5 juta tontonan sehingga ke hari ini.

9, Bergson da Silva, pemain baharu JDT mula diturunkan pada LS3 menentang UiTM FC, namun Mohamadou Sumareh masih belum diberi peluang beraksi lagi.

10, Arif Aiman menjadi pemain termuda menjaringkan gol JDT sejak 2013. Arif membuat jaringan tersebut ketika berusia 18 tahun 10 bulan mengatasi Hadin Azman yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan.

11, Perlawanan terakhir JDT bertemu Selangor adalah di Stadium Sultan Ibrahim pada musim lepas dengan JDT membelasah Selangor 6-1 pada 19 September.

12, Penjaring gol ketika JDT membelasah Selangor musim lepas adalah Safawi Rasid (2), Ramadhan Saifullah (2), Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera.     

13,  Seramai 15 pemain JDT pernah diturunkan dalam kesebelasan utama dalam tiga perlawanan awal. 

14, Seramai 17 pemain telah pernah berada dalam senarai pemain JDT untuk tiga perlawanan termasuk 2 pemain (Izham Tarmizi dan Fadhli Shas) yang tidak beraksi.

Dalam perlawanan menentang Selangor nanti, penyokong sudah tentu teruja menanti kehadiran pemain baharu JDt yang belum diturunkan lagi iaitu Mohamadou Sumareh. Selain itu beberapa rekod dan catatan yang dibuat oleh JDT dalam 3 perlawanan sebelum ini dapat dikekalkan dan bertambah baik.