Johor Darul Ta’zim II (JDT II) malam ini mencipta kemenangan pertama selepas menewaskan Kuching City FC 3-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan turun dengan misi memburu kemenangan pertama selepas aksi pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana masih belum meraih tiga mata. JDT II sebelum ini tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC manakala Kuching City FC seri 1-1 ketika menentang Terengganu FC II, baru-baru ini.

Pasukan pelawat, Kuching City FC terlebih dahulu memperoleh jaringan pada minit ke-21 berpunca daripada bola sepakan sudut kapten Joseph Kallang Tie di sambar Hudson Dias yang menolak bola menewaskan penjaga gol JDT II, Haziq Nadzli.

JDT II sepatutnya mendapat sepakan penalti pada minit ke-24 selepas Nafizuddin Fauzi dikasari pertahanan lawan di dalam kotak penalti namun pengadil Mohd Sarif Tahir meneruskan perlawanan. Insiden itu mengundang rasa tidak puas hati barisan kejurulatihan JDT II.

Tuan rumah berusaha memburu gol penyamaan dengan menguasai perlawanan gagal membuahkan hasil tatkala benteng skuad kendalian Irfan Bakti.  Abu Salim begitu cemerlang menghalang percubaan berbahaya yang diterajui Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid yang beraksi pada perlawanan itu dan kedudukan 0-1 memihak pelawat kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua bermula, JDT II tidak menunggu lama apabila bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-49 selepas bola umpanan Nafizuddin tepat kepada kapten Nicolas Fernandez yang merembat bola kencang menewaskan penjaga gol, Mohd Iqbal Suhimi.

Dua minit selepas itu, tuan rumah menghukum kesilapan benteng pelawat apabila sepakan lintang Syazwan Andik Mohd Ishak ditanduk kemas Feroz Baharudin menewaskan Mohd Iqbal untuk meletak skuad kendalian Rafael Gil Sanchez di hadapan dengan jaringan 2-1.

Skuad Merah Biru menambah derita Kuching City FC pada minit ke-79 selepas bola sepakan lintang Fernandez menyaksikan Feroz sempat melonjak tinggi untuk menanduk bola menewaskan Mohd Iqbal yang menyelamat bola daripada dibolosi dan kedudukan 3-1 yang memihak JDT II kekal sehingga tamat perlawanan.

Kesebelasan utama JDT II :

Haziq Nadzli, Nafizuddin Fauzi, Firdaus Ramli, Kei Hirose, Nicolás Alberto Fernández (C), Ahmad Aysar Hadi, Rafiefikri Rosman, Feroz Baharudin, Syazwan Andik, Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid

Simpanan : 

T. Shaheeswaran , Adib Zainuddin, Irfan Fazail, Chia Ruo Han, Gary Steven Robbat, Umar Hakeem Suhar Redzuan, Alif Abdul Mutalib, Gabriel Nistelrooy, Luis Ignacio Cabrera