Perlawanan malam ini dalam saingan Liga Super Malaysia 2021 bagi Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu UiTM FC amat ditunggu-tunggu untuk melihat sejauh mana penguasaan awal JDT musim ini.
Sehingga LS2, JDT berada di puncak liga dengan mengutip 6 mata penuh hasil kemenangan dari dua perlawanan sebelum ini. TFC pula menduduki tangga kedua juga mengutip 6 mata juga namun ia dipisahkan dengan JDT oleh perbezaan gol.
Beberapa perkara yang dapat direkodkan melalui dua perlawanan JDT.
1, JDT mengutip mata penuh dua perlawanan iatu enam mata.
2, JDT mencatat rekod bersih kemenangan dua perlawanan pertama (Mengatasi Kedah FC dan Penang FC)
3, JDT dan Farizal Marlias merekodkan ‘clean sheet’ tanpa bolos sebarang jaringan sehingga LS2.
4, Dua perlawanan awal JDT membariskan kesebelasan utama yang sama iaitu dalam perlawananan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA) dan Penang FC (PFC).
5, 4 pemain simpanan iaitu, Safiq Rahim, Hariss Harun, Ariff Aiman dan Ramadhan Saifullah dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kedua-dua perlawanan itu.
6, JDT membuat jaringan yang sama dalam dua-dua perlawanan iitu 2-0.
7, Keempat-empat jaringan gol dijaringkan oleh empat pemain yang berbeza – Safawi Rasid, Leandro Velazquez, Natxo Insa dan Fernando Rodriguez.
8, Dua perlawanan sebelum ini mendapat tontonan tertinggi melalui aplikasi youtube. Kedua-duanya mencatat sejumlah lebih dari 1.8 juta tontonan sehingga hari ini.)
9, JDT beraksi dalam dua perlawanan tersebut tanpa pemain baharu mereka iitu Mohamadou Sumareh dan Bergson da Silva.
Apakah JDT akan melebarkan rekod dan catatan-catatan tersebut selepas perlawanan malam ini ?
Adakah dua pemain, Bergson dan Sumareh diturunkan malam ini ?
Adakah JDT akan meneruskan kemenangan malam ini menjadi tiga perlawanan berturut-turut ?
Berjayakah JDT mengekalkan rekod bersih ‘clean sheet’ ?
Perlawanan hari ini (13 Mac 2021) : UiTM vs JDT – 9.00 malam.

Foto : The Photoshooterz