Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi telah membuktikan mereka berada pada kelasnya yang tersendiri apabila venue rasmi mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai ‘Stadium Of The Year 2020’.
Stadium Sultan Ibrahim yang boleh dikatakan paling canggih di negara ini dipilih sebagai pemenang untuk kategori undian awam.
Bukannya sesuatu yang mudah untuk tersenarai sebagai calon StadiumDB.com apabila dilihat Stadium Sultan Ibrahim adalah venue yang pertama di negara ini yang tersenarai di laman web yang berpangkalan di Poland itu.

Menerusi kenyataan akaun Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers, Stadium Sultan Ibrahim menerima sebanyak 64,240 mata mengatasi Stadium Allegiant di Las Vegas dan Stadium Ahmad bin Ali di Qatar.
Mengikut rekod, Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada 22 Februari tahun laluu sekali gus menjadi venue rasmi JDT.
Upacara pecah tanah Stadium Sultan Ibrahim dilakukan pada Januari 2016, namun pembinaannya ditangguhkan beberapa bulan susulan pelarasan yang dibuat oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenaan dengan lokasi stadium, aspek teknikal dan reka bentuk.
Ia ibina dengan kos RM200 juta di Iskandar Puteri, stadium ini akan menjadi gelanggang ‘home’ buat skuad Harimau Selatan, menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Selain memuatkan kapasiti penonton seramai 40,000, stadium yang dibina di atas tanah berkeluasan 28.3 hektar ini juga merupakan sebahagian dari Bandar Sukan JDT yang menempatkan hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden.
Warna rasmi pasukan iaitu merah, biru dan putih dijangka menghiasi keseluruhan lokasi stadium dan akan dipancarkan menerusi lampu-lampu LED yang dipasang di luar dan dalam stadium.
Sumber : Harian Metro / Foto : The Photoshooterz