Perlawanan pertama dalam Liga Super Malaysia 2021 menyaksikan kemenangan mutlak kepada JDT dan seterusnya menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali keempat berturut-turut.

Dalam perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, JDT beraksi tanpa penain import baharu mereka, Bergson da Silva. Sebaliknya JDT menurunkan pemain import dari Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Fernando Rodriguez.

Mungkinkah pemain import baharu JDT, Bergson da Silva akan tersenarai dalam kesebelasan utama skuad JDT apabila melayani kunjungan Penang FC pada aksi kedua Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Jawapan kepada persoalan itu masih belum ada kepastian sama ada pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora akan mengekalkan Fernando Rodriguez mengemudi jentera bahagian serangan atau bakal menurunkan Bergson pada aksi kedua menentang skuad Harimau Kumbang itu.

“Kami akan tengok tahap kecergasan Bergson sama ada Bergson bersedia diturunkan atau tidak manakala Rodriguez juga ada peluang diturunkan semula tapi perlu lihat dia mampu beraksi selepas aksi menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang berintensiti tinggi itu.

“Dia mengalami kecederaan namun kecederaannya tidak serius dan kita akan pantau lagi kerana pada aksi menentang KDA FC sememangnya aksi yang begitu mencabar buat dirinya,” kata Mora.

Benjamin Mora juga tidak menafikan skuad kendalian Tomas Trucha memiliki barisan pemain yang mantap terutama sekali di posisi serangan yang diterajui oleh Casagrande yang boleh beri ancaman terhadap benteng skuad Harimau Selatan.

“Status Penang FC selaku pendatang baharu dalam kancah liga elit domestik tidak boleh dipandang rendah.

Pasukan itu memulakan kempen liga dengan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC, Sabtu lepas.

Malahan, pengendali dari Mexico itu, menegaskan persiapan yang lebih rapi akan dibuat oleh JDT dalam usaha mengekalkan momentum kemenangan selepas menang ke atas KDA FC 2-0 pada aksi Piala Sumbangsih, Jumaat lalu.

“Kemenangan ke atas KDA FC beri keyakinan buat setiap pemain untuk mengekalkan corak permainan yang ampuh. Tambah pula aksi kedua kita akan beraksi di laman sendiri dan tidak boleh melepaskan peluang untuk mencatat kemenangan.

“Kami tetap menghormati Penang FC kerana mereka memiliki kekuatan yang tersendiri. Bagi kesebelasan utama JDT yang akan diturunkan, saya akan pertaruhkan barisan terbaik dan pemain seharusnya beri cabaran kepada diri sendiri untuk berdepan pasukan lawan, malam esok,” kata Benjamin Mora.

Sumber : Harian Metro / Foto : The Photoshooterz

Baca juga : JDT Boleh Berkusa 10 Tahun Lagi