K. Devan menunjukkan magisnya apabila berjaya memimpin Negeri Sembilan FC (NSFC), menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) II 2-1 dalam aksi sulung Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini Sabtu lepas.

Beraksi ketika waktu hujan memberi peluang kepada pasukan NSFC menggunakan peluang sebaik mungkin di tempat sendiri.

Gol pertama NSFC telah dijaringkan oleh Zaquan Adha Abd. Razak, bekas penain JDT II, pada minit ke-23 pada sepakan penalti.

Pada minit ke-45 JDT II berjaya menyamakan kedudukan apabila Mohamad Rafiefikri Mohd. Rosman berjaya menjaringkan gol dalam masa tambahan dua minit.

Tidak selesa dengan kedudukan itu serangan bertalu-talu NSFC membuahkan hasil apabila diberi peluang untuk sepakan penalti.

Gol penalti kedua minit pada ke-51 itu dijaringkan oleh Alain Thierry Akono Akono.

Cubaan pasukan JDT II untuk menyamakan kedudukan tidak berhasil walaupun perlawanan berlanjutan dengan masa tambahan 4 minit.

NSFC peroleh 3 mata hasil kemenangan pertama.

Kesebelasan JDT II :

T. Shaheeswaran , Nafizuddin Fauzi, Firdaus Ramli, Adib Zainuddin, Kei Hirose, Nicolás Alberto Fernández (C), Chia Ruo Han, Gary Steven Robbat, ,Umar Hakeem Suhar Redzuan, Amirul Husaini Zamri, Rafiefikri Rosman

Simpanan : 

Hafiz Azizi Zamri, Ali Imran Sukari, Hafiy Haikal Ismail, Irfan Fazail, Ahmad Aysar Hadi, Alif Abdul Mutalib, Gabriel Nistelrooy, Danial Haqim Draman, Luis Ignacio Cabrera

Foto : NSFC