Perlawanan malam ini adalah satu pertembungan yang menarik terutama ia merupakan perlawanan pembuka tirai Liga Super musim baharu (2021). 

Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini pada pukul 9.00 malam tanpa penonton.

Tahun ini perlawanan pertama ini sekali lagi menyaksikan pertembungan kali keempat di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Kali pertama mereka bertembung pada tahun 2017 di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin.

Dalam aksi tersebut, JDT tewas dengan penentuan sepakan penalti 4-5 setelah kedudukan terikat 1-1 selepas masa penuh perlawanan.

KDA FC menghampakan JDT merebut Piala Sumbangsih untuk tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2015.

Dua tahun sebelum itu, 2015 dan 2016, JDT telah berjaya menjulang Piala Sumbangsih setelah menewaskan pasukan Pahang, 2-0 pasa 2015 dan mengalahkan Selangor pada rahun berikutnya dengan sepakan penalti 7-6.

JDT telah memenangi Piala Sumbangsih sebanyak 5 kali itu pada tahun 2015, 2016, 2018, 2019 dan 2020. Sekiranya JDT menang malam ini, maka ia merupakan kemenangan merangkul Piala Sumbangsih buat kali keenam dan keempat berturut-turut.

Dua tahun terakhir, perlawanan Piala Sumbangsih berlngaung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan kedua-duanya adalah antara JDT dan KDA FC.

Mampukah KDA FC menghalang JDT dari merangkul buat kali keempat berturut-turut ? Sejak 2015, hanya KDA FC sahaja yang pernah menewaskan JDT salam merebut Piala Sumbangsih. 

Perlawanan malam ini akan disiarkan secara langsung di saluran youtube Unifi. Berikut adalah pautan ke siaran tersebut :

Unifi youtube channel : https://www.youtube.com/unifiistheone

2015 : JDT (2) – Pahang (0)

2016 : JDT (1) – (1) Selangor [7-6]

2017 : JDT (1) – (1) Kedah [4-5]

2018 : JDT (2) – (1) Kedah

2019 : JDT (1) – (0) Perak

2020 : JDT (1) – (0) Kedah

2021 : JDT (-) – (-) Kedah

Khairul Azman Mohamad turut menjadi senjata sulit KDA FC apabila pada musim ini beliau ditugaskan untuk membimbing penjaga gol KDA FC. Pada musim lepas beliau masih bertugas bersama JDT. Sudah tentu sedikit sebanyak beliau mengetahui kelemahan yang ada dalam skuad JDT walaupun ia tidak menjadi faktor utama kelebihan KDA FC.

Jika dalam edisi 2020, perlawanan merebut Piala Sumbangsih disaksikan oleh seramai 34,000 penonton, namun malam ini penonton tidak dibenarkan masuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Foto : The Photoshooterz