Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan awal apabila malam ini muncul pemenang aksi sumbangsih seterusnya menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah selepas menewaskan Kedah 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Malaysia 2021 itu dengan langkah kanan selepas berjaya mengutip 3 mata pertama musim ini.

Ia merupakan kejayaan keempat berturut-turut JDT mendakap trofi itu, sekali gus menyaksikan mereka kini merekodkan enam kejuaraan Piala Sumbangsih selepas memenanginya pada edisi 2015, 2016, 2018, 2019, 2020 dan 2021.

Pada separuh masa pertama, tiga percubaan terkena palang gol. Dua daripadanya dari percubaan pemain JDT pada minit ke 4 oleh Leandro Velazquez dan minit ke 10 pula dari Gonzalo Cabrera.

Manakala satu percubaan terkena palang dari penyerang Kedah oleh Tchetche Kipre pada minit ke 18.

Safawi memperoleh gol pertama perlawanan pada minit ke 35 hasil rembatan menewaskan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal. Gol tersebut juga hasil dari hantaran Afiq Fazail yang mempunyai visi yang tinggi melorong bola kepada Safawi.

Sejak dari awal perlawanan, JDT banyak memegang atau menguasai bola bebas bergerak dari kiri ke kanan. JDT banyak membuat hantaran pendek dan sabar menembusi pertahanan Kedah.

Rizal Ghazali, pertahanan KDA FC turut mempunyai peluang pada minit ke 24, namun berjaya ditampan dan diselamatkan oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Separuh masa kedua menyaksikan Safawi hampir menambah gol kedua JDT pada minit 48 namun tolakan bola beliau sedikit tersasar. Dalam keadaan untuk menyelamatkn gawang, Ifwat tidak dapat meneruskan perlawanan selepas berlaga dengan Safawi Rasid dan digantikan dengan Shahril Sa’ari.

JDT berjaya menambah gol kedua pada minit ke 68 melalui rembatan kuat dari luar kotak penalti. Ia bermula dari Leandro Velazquez yang mengelecek melepasi dua pemain Kedah melorongkan bola kepada Rodriguez seterusnya menghantar bola kepada Natxo Insa yang tidak dikawal. 

Arif Aiman, penain muda JDT berusia 18 tahun dimasukkan menggantikan Safawi Rasid yang sedikit kecederaan.

Pada minit ke 77, Rozaimi Abdul Rahman, bekas pemain JDT II masuk menggantikan Kpah Sherman.

Hariss Harun masuk menggantikan Natxo Insa manakala Safiq Rahim masuk menggantikan Leandro Velazquez pada minit ke 80 perlawanan.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan sekaligus menyaksikan JDT berjaya merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021. Disamping itu JDT berjaya mengutip 3 mata pertama musim ini dalam Liga Super 2021.

Keputusan rasmi : JDT (2) – (0) Kedah. [Safawi Rasid (35′), Natxo Insa (68′)]

Kesebelasan JDT :

Farizal Marlias, Matthew Davies, Afiq Fazail, Aidil Zafuan (C), Leandro Sebastián Velázquez, Gonzalo Cabrera, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Natxo Insa, Maurício dos Santos Nascimento , Fernando Rodriguez Ortega

Simpanan :

Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Hariss Harun, Ramadhan Saifullah Usman, Hazwan Bakri, Fadhli Shas, Arif Aiman Hanapi

Foto : The Photoshooterz