Tan Sri Vincent Tan, pemilik kelab Cardiff City, menganggap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah tokoh yang tepat untuk mengembalikan maruah dan kegemilangan Valencia.
Begitulah yang dijelas oleh Vincent Tan yang merupakan pengasas Kumpulan Berjaya, Tunku Ismail membuat keputusan tepat swkiranya berhasrat untuk membeli kelab La Liga berkenaan (Valencia)
Sukan Kosmo melaporkan hasil temubual eksklusif dengan Vincent Tan mengenai ura-ura pemilikan Valencia CF.
Vincent Tan yang juga usahawan kelahiran Johor, merupakan pemilik kelab di Belgium, KV Kortrijk, Tunku Ismail telah membuktikan kemampuannya sebagai pemilik kelab bola sepak berwibawa di dunia.
Seterusnya, Vincent Tan bersikap optimis Tunku Ismail tidak berdepan masalah untuk mengembalikan kegemilangan Valencia sebagaimana yang pernah baginda lakukan bersama JDT sejak 2013.
“TMJ adalah salah seorang pemilik kelab bola sepak yang paling berjaya di Asia. Apa yang baginda capai untuk JDT sangat luar biasa, memenangi begitu banyak trofi dan juara dalam banyak musim adalah sangat mengagumkan.
“TMJ pasti akan menjadi aset yang hebat bagi Valencia dan akan membawa pasukan itu ke tahap yang lebih tinggi dan mengecapi lebih banyak kejayaan.
“Saya percaya peminat Valencia akan berbangga dengan kelab mereka sekiranya TMJ menjadi pemilik baharu. Saya doakan kejayaan TMJ dengan Valencia,” kata Vincent Tan dalam temu bual eksklusif.
Semalam timbul spekulasi bahawa Tunku Ismail sedang berkira-kira untuk mengambil alih pemilikan kelab Sepanyol yang bernilai RM1.9 bilion itu tetapi baginda masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Tunku Ismail (TMJ) berjaya membina semula JDT selepas mengambil alih pucuk pimpinan pada 2012 sebelum membawa JDT muncul juara dalam banyak pertandingan domestik termasuk tujuh gelaran Liga Super berturut-turut, selain memenangi Piala AFC pada 2015.
Sebagai rekod, Tunku Ismail bakal menjadi individu ketiga yang bergelar pemilik kelab bola sepak luar negara jika mengambil alih Valencia selepas Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes yang sebelum ini pernah menjadi pemilik kelab Queens Park Rangers.
Perikan asal oleh : Mohd. Fariq, Kosmo