Prestasi Farizal Marlias jelas mencuri perhatian dan menempah nama di Asia selepas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dicalonkan bagi kategori Penjaga Gol Terbaik – Kesebelasan Utama Sepanjang Zaman Piala AFC oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Ianya lebih membanggakan, penjaga gol kebangsaan berusia 34 tahun itu setelah muncul satu-satunya wakil dari Asia Tenggara apabila senarai itu yang didominasi oleh ‘Pak Arab’ sebelah zon Asia Barat.

Dalam satu kenyataan, badan induk AFC itu berkata, Farizal membuktikan betapa dia sememangnya berada dalam kelas tersendiri menerusi aksi hebatnya untuk membantu skuad Harimau Selatan meraih kejuaraan Piala AFC pada 2015.

Kejayaan JDT merangkul juara Piala AFC pada tahun 2015, memberi tiket kepada Farizal untuk pencalonan tersebut. Ia lebih mania buat JDT apabila tahun itu merupakan tahun pertama JDT bersaing di peringkat Asia (Piala AFC).

“Walaupun berketinggian hanya 178 sentimeter, Farizal muncul sebagai salah seorang wira JDT khususnya pada kemenangan 1-0 ke atas FC Istiklol di pentas final 2015.

“Pada musim pertamanya bersama pasukan, Farizal menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pada aksi di Dushanbe untuk membantu JDT meraih kejuaraan Asia buat kali pertama.

“Dia turut terbabit dalam tiga edisi Piala AFC yang seterusnya dan kini beraksi dalam Liga Juara Juara Asia,” kata AFC melalui laman sesawangnya.

Penyokong bola sepak tempatan boleh membuat undian untuk memilih Farizal sebagai penjaga gol terbaik di laman rasmi AFC di sini atay http://bit.ly/AFCCup_BestXI_GKs

Setakat jam tiga petang tadi, Farizal berada di kedudukan keempat dengan penjaga gol dari Iraq, Fahad Talib mendahului undian apabila menerima undian sebanyak 29.53 peratus.

Calon lain termasuklah Mehdi Khalil (Lubnan), Lo’ai Al Amairaeh dan Amer Shafi (Jordan), Nawaf Al Khaldi dan Musab Al Kandari (Kuwait), Mosab Balhous (Syria) serta Mammet Orazmuhammedov (Turkmenistan).

Sumber : Berita Harian / Foto : The Photoshooterz