Apakah Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah menemui peledak gol import terbaik bagi menggantikan Jonathan Herrera?
Ia selepas salah satu media sukan dari Brazil, Opovo Online mendedahkan penyerang, Bergson Da Silva bakal menyertai juara bertahan Liga Super tujuh kali berturut-turut itu.
🧶 RUMO À MALÁSIA? | Atacante Bergson, do Fortaleza, tem situação de empréstimo encaminhada com o Johor FC, maior clube da Malásia. Há acordo verbal entre todas as partes envolvidas no negócio, mas faltam detalhes para a concretização.
— Insta: @reporterlucasmota (@lucasmota28) February 24, 2021
Apuração com @afonsoribeiro_ pic.twitter.com/r54STmhZkq
Bergson Da Silva yang sekarang ini bersama kelab Brazil, Fortaleza dilaporkan turut menerima tawaran dari kelab divisyen dua Brazil, tetapi lebih berminat dengan tawaran-tawaran yang diberikan skuad Harimau Selatan.
JDT dilaporkan akan membayar sejumlah amaun bagi meminjam Bergson selama empat bulan selain mempunyai pilihan untuk menandatangani pemain itu secara tetap sekiranya menampilkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh pinjaman.
Penyerang tinggi lampai 180 cm yang berusia 30 tahun itu pernah beraksi di Asia bersama kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings secara pinjaman pada tahun 2011.
JDT dikatakan sedang mengintai penyerang baharu selepas JDT dilaporkan meminjamkan Jonathan Herrera yang baru ditandatangani musim ini ke kelab Argentina, Independiente.
Skuad Harimau Selatan bagaimanapun hanya memiliki tempoh kira-kira seminggu untuk mendapatkan pengganti Herrera kerana jendela perpindahan pertama Liga-M musim ini akan ditutup pada 5 Mac ini.
Pada 5 Mac itu juga merupakan pembuka tirai musim 2021 di mana JDT akan bertemu Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih).
Sumber : Berita Harian