Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan memberi hadiah istimewa kepada penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mengumumkan akan ‘menanggung’ sebahagian daripada harga jersi baharu Harimau Selatan yang bakal dilancarkan sebentar lagi hari ini.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik JDT berkata, hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun pertama stadium utama JDT, Stadium Sultan Ibrahim, selain tanda penghargaan kepada sokongan yang tidak berbelah bagi penyokong.

Katanya, harga jersi home dan away musim 2021 serta jumlah ‘diskaun’ istimewa yang akan diberikan yang akan dihadiahkan itu bakal diumumkan dalam majlis pelancaran yang dilakukan pada pukul 5.45 petang ini.

Kami difahamkan, Tunku Ismail mungkin akan ‘menaja’ sebahagian daripada harga jersi away JDT yang dikeluarkan oleh jenama sukan antarabangsa Nike.

Kemungkinan juga, jersi kali ini ditawarkan pada harga sama seperti tahun lalu iaitu RM185 sehelai.

Pada musim lalu, JDT telah melakar sejarah apabila 7,000 jersi terjual, sekali gus membolehkan mereka menikmati RM1.29 juta hasil penjualan jersi tersebut

Berita Tunku Ismail mahu menanggung sebahagian harga jersi JDT telah disambut baik oleh penyokong yang rata-rata tidak sabar untuk menunggu hari pelancaran.

Antara komen yang diberi oleh penyokong JDT dalam facebook rasmi JDT itu adalah :

“Alhamdullilah ….Terbaik TMJ, Luaskan kuasamu Johor,”

Thank You Tunku. Keprihatinan dan kemurahan hati Tunku hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.. kepada ponyokong JDT marilah bersama-sama support serta membeli jersi yang original demi pasukan kita,”

“Kalau ikutkan harga jersi original Nike lebih kurang RM300 tapi jersi JDT kurang dari RM200,”

JDT yang selaku juara Liga Super tujuh musim berturut-turut akan merasmikan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan menentang Kedah dalam aksi Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 Mac.

Sumber : Utusan Malaysia