Selepas jersi baharu JDT musim 2021 dilancarkan, beberapa perkara yang boleh diperkatakan mengenai jersi itu. Berikut adalah lima perkara yang telah dicatatkan oleh penyokong tegar JDT mekalui laman twitter beliau (@juanbudiman).

1.. Kali pertama Nike menganjurkan majlis pelancaran jersi untuk JDT. Sebelum ini acara dikendalikan secara in-house oleh JDT. Jadi hari ini akan ada 2 majlis iaitu di laman media sosial JDT pada 5.45 petang dan Nike Zoom Webinar pada 6 petang.

2.. Corak dan rekaan jersi JDT 2021 dibuat khas untuk JDT berkonsepkan berlian (Diamond) untuk meraikan ulangtahun ke-135 mahkota Johor yg bertatahkan lebih dari 2,700 berlian. 

Johor juga terkenal dengan panggilan ‘Jewel of the South’

3.. Logo UNICEF (United Nations International Children’s Emergency Fund) akan dipaparkan pada jersi JDT hasil kerjasama dgn badan PBB (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

4.. Jersi HOME JDT akan dijual secara online oleh Nike. Ini menjadikan JDT pasukan bolasepak kedua di Malaysia selepas Skuad Harimau Malaya dan kelab pertama dipilih untuk menjual produk secara ekslusif di laman web Nike.

5.. Sempena ulangtahun pertama Stadium Sultan Ibrahim, pemilik JDT Tunku Ismail akan memberi sumbangan dalam bentuk diskaun untuk salah satu jersi Nike JDT 2021. Dikhabarkan akan ada edisi terhad untuk salah satu jersi JDT. 

Seperti yg telah dikhabarkan, Jersi AWAY Player Issue akan dijual pada harga RM185 (sama dengan Fan Version). 

Jersi AWAY ini hanya akan dijual di JDT online store ESOK bermula jam 11 pagi.

Hanya 500 helai sahaja AWAY kit PLAYER EDITION akan dijual esok dgn harga RM185 sehelai. 

Jumlah sumbangan dari TMJ buat penyokong yg bertuah adalah sebanyak RM122,000.

Kredit dan sumber dari @juanbudiman