Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pernah sebelum ini memberitahu bahawa jersi musim ini memang cantik.
Ayat itu sahaja sudah membuat peminat JDT tidak sabar menunggu hari pelancarannya yang dijadualkan petang ini pukul 5.45 petang.
Semakin berdebar menunggu saatnya. Tak ketinggalan ramai yang sudah bertekad ingin membeli jersi ‘home’ atau ‘away’ atau kedua-duanya sekali.
“Untuk maklumat, jersey tahun ini ”cantik”.
Melalui laman facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST), TMJ turut menghadiahkan sesuatu khas buat penyokong JDT berkaitan jersi baharu JDT.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor akan menanggung sebahagian harga untuk salah satu jersi Nike JDT 2021 sebagai hadiah istimewa kepada penyokong bersempena dengan ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim dan sokongan penyokong yang tidak berbelah bahagi.
Harga jersi ‘Home’ dan ‘Away’ musim 2021 ini akan diumumkan sewaktu pelancaran jersi tersebut di kesemua laman media sosial JDT pada jam 5.45 petang ini.