Jersi baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya akan dilancarkan secara rasmi pukul 5.45 petang ini, namun ia sudah mencuri tumpuan ramai sebaik saja Facebook Johor Southern Tigers berkongsi rekaan serta harga terkini jersi tersebut.

Rekaan yang dianggap cukup ringkas, moden dan menarik itu berlegar dalam media sosial, malah buat kali pertama JDT akan memaparkan logo Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di bahagian hadapan jersi tersebut. Ia sekali gus meletakkan mereka sebaris dengan Manchester United atau Barcelona.

Semalam, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bakal memberi ‘hadiah istimewa’ kepada penyokong JDT dengan ‘menanggung’ sebahagian daripada harga jersi baharu Harimau Selatan.

Jersi baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya akan dilancarkan secara rasmi pukul 5.45 petang ini, namun ia sudah mencuri tumpuan ramai sebaik saja Facebook Johor Southern Tigers berkongsi rekaan terkini.

Rekaan yang dianggap ringkas, moden dan menarik itu berlegar dalam media sosial, malah buat kali pertama JDT akan memaparkan logo Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di bahagian depan, sekali gus meletakkan mereka sebaris Manchester United atau Barcelona.

Semalam, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bakal memberi ‘hadiah istimewa’ kepada penyokong JDT dengan ‘menanggung’ sebahagian daripada harga jersi baharu Harimau Selatan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim, selain tanda penghargaan kepada sokongan tidak berbelah bagi penyokong.

Harga jersi home dan away musim 2021 serta jumlah ‘diskaun’ istimewa yang akan diberikan bakal diumumkan dalam majlis pelancaran  nanti, begitu tahun lalu jersi yang dijual pada harga RM185 laris lebih 7,000 helai.

Kemaskini daripada laman rasmi facebook JOHOR Southern Tigers :

Jersi Nike 2021 ‘Home’ dan ‘Away’ Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mula dijual di JDT Online Store dan Penjual Rasmi bermula pada jam 11.00 pagi esok (25 Februari)!

Jersi Nike 2021 JDT akan menyaksikan jersi ‘Away PLAYER VERSION’ dijual buat pertama kali dan pada harga yang berbaloi kerana DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor akan menanggung sebahagian harga jersi tersebut sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong.

Menurut kenyataan itu lagi, jersi ‘Away’ dipilih sebagai hadiah istimewa kerana warna jersi itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim bersempena ulang tahun pertama stadium itu.

Harga sebenar jersi ‘Away PLAYER VERSION’ ini adalah RM429 tetapi akan dijual pada harga RM185, sama dengan harga jersi ‘Home FAN VERSION’. DYAM Tunku Ismail akan menanggung lebihan kos jualan jersi ‘Away’ yang dijual.

Jersi ‘Away’ ini akan dijual secara eksklusif di JDT Store manakala jersi ‘Home’ pula akan dijual di Nike.com dan juga JDT.

Sumber : Utusan Malaysia

Kredit Foto : Johor Southern Tigers