Baru-baru ini dan sekarang sedang hangat dikatakan bahawa pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim ini, Jonathan Herrera akan dipinjamkan ke sebuah kelab Liga Argentina, Independiente FC.

Penyerang baharu JDT itu baru sahaja menandatangani perjanjian bersama JDT pada pertengahan bulan lepas telah pun disenaraikan oleh JDT dalam 30 pemain JDT untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Namun menurut laporan dari laman sosial Instagram seorang wartawan sukan Argentina, Gastone Edul, Mengeluarkan berita bahawa Jonathan Herrera merupakan seorang penyerang baharu kelab Independiente FC.

Herrera dipinjamkan dari Johor untuk selama satu tahun. Seorang lagi wartawan @Mati_Martinez turut menyiarkan berita perpindahan tersebut.

Selain dari pinjaman setahun, kelab Independiente FC turut diberi pilihan untuk membeli pemain tersebut di masa akan datang.

Kos pinjaman Jonathan Herrera ke Independiente FC itu diberitakan mencecah 200 ribu USD (RM 807 ribu) selama setahun. Jika kelab tersebut berminat untuk mendapatkan khidmat Herrera secara tetap, kelab itu harus membayar 1.2 juta USD (RM 4.8 juta) kepada JDT.

Sekiranya benar dan menjadi kenyataan, siapakah yang bakal mengisi kekosongan seorang pemain import JDT nanti ?

JDT masih mempunyai peluang mencari dan mendaftarkan pemain import baharu kerana tarikh pendaftaran masih dibuka lagi.

“Hari ini MFL telah menerima surat daripada FIFA yang telah melanjutkan tarikh baharu tempoh perpindahan pemain iaitu bermula 21 November 2020 sehingga 5 Mac 2021.” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

Update :