Johor Darul Ta’zim (JDT) di dalam proses memperluaskan kuasa sukan dengan menubuhkan sebuah pasukan hoki ais dalam masa sebulan lagi.
Perkara tersebut telah diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers sebentar tadi hari ini.
“Pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang akan menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang,” perikan hantaran itu.
Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan dengan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri di sini.
“Jenama JDT sudah pun ada pada pasukan tinju JDT dengan juara pelbagai anugerah Asia, Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut hantaran itu lagi.