Seperti yang telah dijanjikan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) semalam melalui laman sosial instagram, hari ini JDT telah mengumumkan secara rasmi senarai skuad JDT untuk musim 2021.

Senarai lengkap itu termasuk semua pemain baharu JDT yang telah diumumkan dan diperkenalkan sebelum ini. Tiga pemain baharu JDT turut tersenarai dalam skuad 30 pemain JDT ialah Safiq Rahim (8), Sumareh (13) dan Jonathan Herrera (9).

Dari segi pemaian nombor jersi, Safiq Rahim memakai nombor 8 menggantikan nombor Diogo Santo yang telah berhijrah ke Liga 1 Thailand (BG Pathum). Jonathan Herrera pula menggunakan nombor 9 manakala Hazwan Bakri mengambil nombor lain iaitu 18. Nombor 13 musim ini dipakai oleh Sumareh mengambil alih nombor Gary Steven Robbat yang tidak tersenarai dan kemungkinan diletak dalam skuad JDT 2. Danial Amier pula memakai jersi nombor 16 yang pernah dipakai oleh Syamer.

Berikut adalah senarai penuh skuad 30 pemain JDT bagi musim 2021 ini :

Penjaga Gol :
(1) Farizal Marlias, (24) Izham Tarmizi, (26) Haziq Nadzli.

Pemain Pertahanan :
(22) Corbin Ong, (6) Syazwan Andik, (7) Aidil Zafuan, (27) Fadhli Shas, (3) Adam Nor Azlin, (33) Mauricio Nascimento, (15) Feroz Baharudin, (2) Mathew Davies, (12) S. Kunanlan, (20) Azrif Nasrulhaq

Pemain Tengah :
(10) Leandro Velazquez, (21) Nazmi Faiz Mansor, (16) Danial Amier , (30) Natxo Insa, (14) Hariss Harun, (5) Syamer Kutty Abba, (8) Safiq Rahim, (4) Afiq Fazail.

Penyerang :
(11) Gonzalo Cabrera, (19) Akhyar Rashid, (42) Arif Aiman, (9) Jonathan Herrera, (28) Syafiq Ahmad, (18) Hazwan Bakri, (29) Safawi Rasid, (13) Mohamadou Sumareh, (17) Ramadhan Saifullah

Pemain Baharu :
(16) Danial Amier, (8) Safiq Rahim, (9) Jonathan Herrera, (13) Mohamadou Sumareh.

Selain dari 4 pemain baharu, dua pemain dalam senarai itu yang tidak pernah berada salam senarai perlawanan JDT musim lepas iaitu Haziq Nadzli (JDT II) dan Azrif Nasrulhaq (kecederaan).

Melihat dari senarai skuad JDT itu, JDT mempunyai pemain yang mantap di setiap bahagian serta mempunyai banyak pilihan dalam menghadapi satu-satu perlawanan mengikut percaturan pengendali JDT, Benjamin Mora.

Kredit Foto : JOHOR Southern Tigers