Melalui video pendek laman rasmi JOHOR Southern Tigers, kelihatan bekas kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim sudah tiba di ibu pejabat JDT dan disambut oleh Aidil Zafuan dan Matt Davies.

“Welcome back bro (Safiq Rahim) ! kata Matt Davies.

Matt Davies sebelum itu memberitahu Aidil “bayangkan kalau kita dapat nombor 8 tu” ketika mereka berdua sedang menonton video kejayaan JDT menjulang piala.

Safiq seperti mana yang digembar-gemburkan peminat di media sosial akan ke JDT, kelihatan sah akan kembali bersama JDT musim ini.

Tidak dinafikan kejayaan dan sumbangan Safiq yang banyak kepada JDT sebelum ini sehingga meraih banyak trofi-trofi termasuklah menjuarai Piala AFC 2015.

Sementara itu, di dalam laman Instagram JDT, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen ringkas dan sekaligus mengesahkan kepulangan pemain Safiq.

“Welcome Home SR8. 8 for mission 8,” tulis Tunku Ismail ringkas .

Namun masih belum ada kepastian apakah peranan Safiq nanti. Besar kemungkinan masih sebagai pemain. Namun tidak boleh ditolak kemungkinan Safiq diberi peranan selain dari sorang pemain. Kita tunggu pengumuman seterusnya atau bila Liga Malaysia bermula nanti.

Safiq, 33 tahun, bersama pasukan Melaka United pada tahun 2019 selama dua tahun. 

Sepanjang kariernya bersama JDT, Safiq telah membantu JDT menjuarai beberapa piala termasuklah Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, kejuaraan Liga Super dan Piala AFC.

Pemain yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala AFC 2015 itu dijangka akan kembali menyarung jersi No. 8.

Banyak rekod yang dicipta oleh Safiq ketika bersama JDT selama 6 tahun sejak dari awal penjenamaan baru JDT tahun 2013. 

Kini hanya Aidil dan Safiq sahaja yang merupakan pemain yang berada dalam senarai skuad JDT 2013. Rekod paling lama setakat ini dipegang oleh Aidil Zafuan tanpa meninggalkan JDT sehingga musim ini.

Sebelum ini pernah menjadi penjaring JDT terbanyak sepanjang zaman namun ia berjaya dipintas dan gelaran tersebut dipegang oleh Gonzalo Cabrera (58 gol). Safiq Rahim hanya kurang 2 gol di belakang Cabrera.

Soalan dan komen :

Apakah peranan yang bakal dipegang oleh Safiq Rahim musim ini di JDT ? Sila beri komen anda.