Beberapa jam yang lepas melalui laman media sosial Instagram, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah memuat naik satu insta story skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2021.

“Esok JDT akan share full squad punya list.” kata Tunku Ismail.

Selepas beberapa pengumuman beberapa pemain baharu, skuad JDT dilihat hampir lengkap sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) serta saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Di dalam saingan bola sepak tempatan, JDT dilihat bersungguh-sungguh untuk mengekalkan dan mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk tahun kelapan berturut-turut. JDT sedang memperkuatkan di setiap bahagian dari pertahanan hingga ke penyerang.

“Forward, Midfielder, Defenders, and GK. 3 top players every position. Saya nak club ada strong departments in every position.” Tambah TMJ.

Untuk memperkuatkan barisan skuad pasukan, kesemua bahagian perlulah stabil dan kuat. Oleh itu JDT memilih setiap bahagian mempunyai pemain yang terkuat negara. Ia juga mempersiapkan skuad dalam aksi ACL 2021.

JDT berada dalam kumpulan G bersama-sama Jiangsu (China), Nagoya Grampus (Jepun) dan pemenang play-off antara Pohang Steelers (Korea Selatan) dan Ratchaburi Mitr Phol (Thailand). Sudah pastinya JDT mahu memperbaiki kedudukan berbanding sebelum ini.

Sekurang-kurangnya mara ke pusingan 16 adalah menjadi matlamat JDT musim ini. Tidak mustahil JDT boleh mara andainya setiap posisi skuad terdiri dari mereka yang mantap.

“Rotation of ACL, Super League and Malaysia Cup. For 2022 FA Cup included.

TMJ dan JDT mementingkan penggiliran pemain (rotation) agar pemain benar-benar bersedia dan terbeban sekiranya beraksi dalam setiap perlawanan JDT. Liga Super dan Piala Malaysia menjadi harapan dan tumpuan JDT musim ini dalam Liga-M. Piala FA pula disasarkan musim hadapan kerana musim ini Piala FA tidak dimasukkan dalam senarai kejohanan bola sepak tempatan.

Selain itu, TMJ sempat memberitahu bahawa jersi JDT musim ini cantik. Itu sahaja ungkapan TMJ. Namun hari pelancaran jersi baharu JDT sememangnya ditunggu=tunggu penyokong JDT setiap tahun.

“Untuk maklumat, jersey tahun ini ”cantik”.