Penghijrahan Mohamadou Sumareh ke Johor Daril Ta’zim (JDT) kembali merancak dan menghangatkan suasana bola sepak Malaysia. 

Berita dan khabar angin perpindahan Sumareh ke JDT telah tersebar sejak musim lepas lagi. Ramai terutama penyokong JDT mempunyai reaksi yang berbeza.

Namun apa yang menariknya di sini dan sudah pasti Sumareh akan bergandingan semula bersama Matt Davies, pertahanan JDT yang merupakan bekas pertahanan Pahang. 

Kedua-dua pemain tersebut beraksi bersama Pahang selama 3 tahun dari 2017 hingga 2019. Matt Davies meninggalkan Pahang pada musim 2019 dan berhijrah ke JDT tahun berikutnya.

Manakala Sumareh ke Police Tero, kelab Liga 1 Thai pada pertengahan musim lepas. 

Walaupun posisi mereka berdua berlainan namun mereka faham tugas masing-masing di dalam padang serta tida masalah dari segi persefahaman. Terutama apabila Matt Davies sering membantu rakan di barisan hadapan.

Namun segalanya atas percaturan pengendali JDT, Benjamin Mora. Kemasukan Sumareh membuatkan persaingan bertambah sengit. Sumareh terpaksa bekerja keras kerana JDT mempunyai Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid, Ramadhan Saifullah dan tak ketinggalan Akhyar Rashid.

Di Pahang, Sumareh tiada sebarang masalah diturunkan kerana beliau sememangnya sentiasa berada dalam senarai pemain dalam barisan utama. 

Perpindahan ke JDT juga memberi peluang kepada Sumareh untuk membuat penampilan pertama dalam kejuaraan kelab tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang dijadualkan bermula pada penghujung April ini.

JDT akan memulakan kempen ACL pada 21 April dan dijadualkan bertemu Jiangsu dari China.

Selepas itu JDT akan beraksi dalam perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) bertemu Kedah pada 5 Mei 2020.