Stadium rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim telah tercalon dalam Anugerah Stadium Terbaik 2020 anjuran sebuah laman sesawang yang berpengkalan di Poland.
Perkembangan itu telah dimaklumkan JDT dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.
“Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim adalah antara calon bagi anugerah ‘2020 Stadium of the Year’ dari laman sesawang Poland StadiumDB.com.
“Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa,” kata kelab itu.
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri boleh memuatkan seramai 35,000 penonton menelan belanja RM200 juta telah dirasmikan pada 22 Februari 2020.
Peminat boleh membuat undian di laman web rasmi stadiumdb.com di mana tempoh undian akan berakhir pada 7 Mac ini.
Cara menyertai undian :
1.. Masuk laman http://stadiumdb.com/competitions/stadium_of_the_year_2020
2.. Cari dan pilih Stadium Ibrahim Sultan
3.. Klik pada 5 bintang
4.. Selesai, Terima kasih.
Foto : The Photoshooterz