Mohamadou Sumareh, pemain naturalisasi pertama negara, kini telah sah menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021.
Berita itu telah diumumkan oleh JDT sebentar tadi menerusi satu video di laman media sosial rasmi pasukan. Sumareh bakal menyarung jersi bernombor 13.
Beberapa pasukan Liga Malaysia sebelum ini telah dikaitkan dengan Sumareh termasuk Selangor setelah beliau kembali dari beraksi di Liga 1 Thailand dengan pasukan Police Tero FC pada separuh masa pertama musim 2020/2021.
Kehadiran Mohamadou Sumareh di JDT bermakna skuad Harimau Selatan itu kini mempunyai dua pemain sayap utama pasukan negara di samping Safawi Rasid.
Dari segi persaingan, bekas pemain Pahang itu bakal berdepan cabaran dengan Safawi Rasid dan bintang muda yang sedang meningkat baik iaitu Ramadhan Saifullah serta Akhyar Rashid.