Kini telah sah dan rasmi Jonathan Herrera menjadi milik JDT setelah beliau hadir di ibupejabat Johor Darul Ta’zim (JDT) dan seterusnya menandatangani perjanjian menyertai kelab tersebut. Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah disiarkan melalui laman rasmi facebook JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.
Video pendek menyambut kedatangan pemain yang bakal menjadi pemain import termahal dalam Liga Malaysia musim ini bertajuk ‘Welcome to the Home of Champions!’
Sebelum ini keyataan rasmi juga telah dibuat oleh Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab JDT melalui saluran yang sama.
Dipercayai Jonathan Herrera bakal memakai jersi nombor 9 setelah JDT memaklumkan Hazwan Bakri bakan memakai jersi nombor 18.

Herrera mempunyai tugas berat dan cabaran yang tinggi memandangkan Diego Santo dianggap sebagai penyerang terbaik yang berjaya ditandatangani oleh JDT diketika JDT menjadi terkenal dalam bola sepak Malaysia yang menyaksikan mereka memenangi tujuh gelaran Liga Super berturut-turut.
“Kami percaya Herrera adalah pemain yang sesuai oleh kerana umurnya dan cara beliau bermain sesuai dengan corak permainan kami.” kata Martin Prest.
“Kami telah melihat beberapa pemain untuk melengkapkan pasukan dan pada akhirnya, kami memutuskan untuk menandatangani Jonathan Herrera sebagai penyerang luar negara kami.
JDT berusaha mengambil pemain import baharu ini setelah penyerang mereka, Diogo Santo telah berhijrah dan kembali ke Liga 1 Thailand.
Herrera menghadiri majlis memperkenal pemain baharu tersebut setelah selesai menjalani kuarantin di Malaysia.
Jonathan Herrera adalah seorang penyerang dari Argentina dan beraksi untuk kelab Deportivo Riestra yang bersaing dalam Premira B Nacional sebelum berhijrah ke JDT.
Foto : Facebook Johor Southern Tigers