Pada Hari Jumaat lepas, 5 Februari, Ustaz Ebit Lew telah menerima hadiah sumbangan sebanyak RM200,000 daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Pasa hari itu TMJ telah berkenan menerima mengadap Ustaz Ebit Lew setelah baginda kagum dengan usaha Ustaz Ebit Lew dalam membantu rakyat yang dalam kesempitan dan kesusahan.
Hari ini, tanpa mensia-siakan sumbangan tersebut, beliau telah menggunakan duit tersebut dengan membeli Tab untuk pelajar-pelajar yang memerlukan.
“Doakan ya. Terima kasih @HRHJohorII. Saya gunakan untuk beli 500 Tab untuk 500 pelajar untuk kelas online.” kata Ustaz Ebit Lew melalui ciapannya di laman twitter petang tadi.
“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Walaupun jumlahnya tidak dapat untuk menampung jumlah pelajar yang memerlukannya di seluruh negara, namun ia sudah cukup membantu mereka.
Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ahli keluarga tersebut serta dapat memanfaatkannya ketika pelaja-pelajar sedang memerlukannya untuk pendidikan online di rumah (pdpr).
Sebelum itu beliau amat bersyukur dan terharu apabila diberi peluang menghadap serta sumbangan yang telah TMJ berikan.
“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tuanku berkenan menerima mengadap.”
“Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan RM200 ribu ringgit bagi misi saya. Tuanku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.
“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.
“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga.
“Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. RAJA JOHOR.