Sejak kebelakangan ini ramai pemain Malaysia yang mencuba nasib dan mengembangkan karier bola sepak mereka dengan bermain dalam Liga 1 Thailand. Kebanyakan mereka tidak kekal lama tidak melebihi dua musim.
Buat masa ini hanya tiga pemain sahaja dari Malaysia yang masih yang beraksi atau bakal beraksi dengan kelab dalam Liga 1 Thailand.
Kebetulan ketiga-tiga pemain tersebut datangnya atau pernah beraksi untuk kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Bukan itu sahaja, ketiga-tiganya adalah pemain kacukan yang mempunyai darah pertalian Malaysia.
Nicholas Swirad (Nongbua Pitchaya)
Terkini, pemain yang pernah beraksi dengan JDT II, Nicholas Swirad telah berjaya memikat kelab Nongbua Pitchaya, kelab Liga 2 Thailand. Kelab itu berpotensi naik ke Liga 1 Thailand musim hadapan. Nongbua Pitchaya memperoleh 44 mata hasil dari 18 perlawanan.

Nicholas berjaya mencapai persetujuan bersama kelab tersebut untuk jangka pendek. Beliau mengambil keputusan tersebut setelah gagal mencapai persetujuan bersama kelab Kuala Lumpur. Nicholas juga telah beraksi bersama pasukan PKNS dan Melaka sebelum ke Thailand.
Junior Eldstal (Chonburi FC)
Seorang lagi pemain darah kacukan Malaysia-Sweden, Junior Eldstal, yang pernah beraksi bersama JDT selama 4 tahun sejak 2015 turut beraksi bersama kelab Chonburi FC. Beliau telah membuat penampilan dalam perlawanan Piala FA menentang Suphanburi FC pada 3 Februari lepas. Dalam perlawanan tersebut, beliau dimasukkan dalam separuh masa kedua perlawanan.
First game since retiring ✅
— Junior Eldstål (@JuniorEldstal) February 3, 2021
Debut ✅
Onto the next round ✅ 🦈 pic.twitter.com/VcjPx6GZi5
Junior Eldstal sebelum ini bergelut dengan kecederaan belakang yang dialami sejak menyertai JDT pada 2015. Chonburi FC sehingga kini menduduki tangga ke-8 dalam Liga 1 Thai.
“Saya kembali beraksi bukan semata-mata hanya mahu bermain bola. Sekiranya dapat mewakili negara dan memberikan sepenuh komitmen, ia seperti mimpi menjadi kenyataan. Dan ini adalah satu sebab mengapa saya mengambil cabaran beraksi di luar.” Kata Eldstal.
Dominic Tan Jun Jin (Police Tero)
Seorang lagi pemain yang juga pernah menyarung Jersi JDT adalah Dominic Tan Jun Jin. Beliau pernah membuat satu penampilan penuh masa bersama JDT dalam perlawanan Liga Super menentang Melaka United pada 6 Mei 2017. Selain itu 3 penampilan dalam kejuaraan Piala AFC.

Kelab Liga 1 Thailand, Police Tero menjadi pilihan Dominic Tan. Beliau agak konsisten mempunyai peluang beraksi bersama kelab tersebut. Pada musim 2020/2021 beliau berjaya membuat sebanyak 12 penampilan.
Police Tero kini berada di tangga ke-12 Liga 1 Thai daripada 16 apasukan.
Pemain lain dari Malaysia yang pernah beraksi dalam Liga Thailand sebelum ini adalah Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum Utd-2020), Shahrel Fikri (Nankhon Ratchasima-2018), Mohamadou Sumareh (Police Tero-2020), Bryan See (Bangkok FC-2019) dan Zafuan Azeman (Anthong FC).
Beraksi dalam saingan Liga Thailand yang dianggap antara liga tearbaik Asia Tenggara merupakan satu peluang untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi dan merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya.