Pemain tengah pasukan Johor Darul Taβzim (JDT) serta pemain kebangsaan B-22 Indonesia, Syahrian Abimanyu (Abi) telah secara rasminya menyertai kelab Liga Australia, Newcastle Jets. Beliau dilepaskan oleh JDT ke Newcastle Jets secara pinjaman.
Sebentar tadi, melalui laman web rasmi mereka, Newcastle Jets telah mengumumkan kedatangan Syahrian Abimanyu.
Kelab A-League atau kejohanan tertinggi Liga Australia itu menandatangani Syahrian dengan status pinjaman hingga akhir musim 2020-2021.
“Newcastle Jets dengan bangganya mengumumkan pengambilan Syahrian Abimanyu secara pinjaman untuk baki musim 2020-2021,” ungkapan dari lidah rasmi Newcastle Jets.
“Abimanyu bergabung dengan Jets setelah dipinjamkan oleh kelab Johor Darul Taβzim (JDT).”
πππππππ ππππ | Meet our latest loan player, Syahrian Abimanyu π₯
β NEWCASTLE JETS FC βοΈ (@NewcastleJetsFC) February 5, 2021
β‘ https://t.co/Rw0zynfurg#ALeague #NTUA #NeverTearUsApart pic.twitter.com/WLaPea11qx
PengurusNewcastle Jets, Joel Griffiths, memuji bakat yang dimiliki oleh Abi, nama panggilan Syahrian Abimanyu.
“Abi adalah pemain yang punya skill dan piawai melepaskan umpan. Dia masih muda, tetapi memiliki skill yang kami cari sebagai pemain tengah menyerang,” kata Griffiths.
Selain itu, Joel Griffiths juga mengagumi mentalitas yang dimiliki oleh Syahrian Abimanyu.
“Dia adalah pemain yang tidak mementingkan diri sendiri,” ucap Griffiths. “Mentaliti beliau terhadap pasukan utama memberi saya kepercayaan bahwa dia akan mampu diserap ke pasukan utama kami.” kata Griffiths.
Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi menandatangani Syahrian Abimanyu pada Disember tahun lepas. Syahrian berjaya mendapatkan kontrak selama tiga tahun.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ), mengatakan bahwa pemain berusia 21 tahun itu termasuk dalam perancangan jangka panjang Harimau Selatan.
“Saya tidak ada masalah (dipinjamkan) kerena itu mengikut kehendak dan kebijaksanaan bos TMJ juga. Apa yang penting saya boleh mendapatkan minit bermain yang banyak agar dapat membantu pasukan dan negara juga,” kata Syahrian.
“Saya berharap mampu bermain lebih baik lagi dan menambah pengalaman yang berguna untuk bangsa dan negara.”
Syahrian kini berada di Sydney dan sedang menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dapat bersama-sama dengan rakan sepasukan baharunya.
Sumber dan Foto : Newcastlejetsfc.com