Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi akan menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain untuk kelab ‘Down Under’ (Australia).

Pemain berusia 29 tahun itu telah dipinjamkan ke kelab A-League, Newcastle Jets dari Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk baki musim ini (2020/2021). 

Perjanjian itu disahkan oleh pengarah teknikal JDT Alistair Edwards semalam (5 Februari).

Krasniqi, yang berketurunan Kosova, menjadi pemain naturalisasi tahun lalu tetapi masih belum berpeluang beraksi untuk Malaysia dalam perlawanan antarabangsa dan kelayakan Piala Dunia yang ditangguhkan kerana wabak Covid-19.

Beliau adalah pemain naturalisasi kedua Malaysia setelah menerima pasport Malaysia tahun lalu. Pemain naturalisasi pertama adalah Mohamadou Sumareh.

Pemain antarabangsa Malaysia Brendan Gan dan Matthew Davies pernah bermain di Liga A sebelum ini untuk Sydney FC dari 2008 hingga 2011 dan Perth Glory masing-masing dari 2013 hingga 2015. 

Namun, mereka masih memegang kewarganegaraan Australia pada masa itu.