Liridon Krasniqi (29 tahun) dalam perjalanan ke Australia.
Liridon Krasniqi, 29 tahun, pemain naturalisasi kedua Harimau Malaya kini diberitakan sedang dalam perjalanan ke Australia. Beliau juga seorang pemain dari Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikhabarkan dipinjamkan ke sebuah kelab Liga-A di Australia iaitu Newcastle Jets.
Beliau dijangka akan menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik sahaja tiba nanti seperti Syahrian Abimanyu.
Bekas pemain bola sepak Pasukan Nasional Kosovo beberapa hari lalu meninggalkan Dubai, di mana dia menghabiskan beberapa hari percutian dan berangkat kini sedang ke Australia. Berita ini diperoleh dari laman indeksonline.
Melalui media sosial Insta story, Liridon Krasniqi telah memuat naik sebuah foto di mana dia dilihat di dalam sebuah pesawat peribadi yang melintasi lautan menuju Australia.
“Bersedia untuk cabaran baru,” ungkapan Krasniqi dalam insta story beliau.
Sebelum ini telah disiarkan tentang seorang lagi pemain remaja JDT yang baharu, Syahrian Abumanyu telah tiba di bumi Australia dan sekarang ini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dapat bersama-sama Newcastle Jets. Syahrian Abymanyu atau nama timangannya Abi, telah ditandatangani oleh JDT pada awal tahun ini namun beliau tidak ditempatkan dalam skaud JDT, namun akan dipinjamkan ke kelab dalam Liga-A di Australia.
Abi, 21 tahun adalah merupakan seorang pemain kebangsaan B-22 Indonesia. Beliau juga seorang bekas pemain tengah Madura United, Liga 1 Indonesia.
Kedua-dua pemain itu (Liridon dan Syahrian) dipinjamkan ke Newcaslte Jets dipercayai atas usaha sebuah agen, Insaprojectglobalgroup. Agen tersebut juga difahami mempunyai kaitan rapat atau dimiliki oleh keluarga Kiko Insa iaitu adik kepada Natxo Insa, pemain JDT. Agen tersebut turut memuat naik foto instastory Liridon Krasniqi.
