Dokumentari Khas Perjalanan JDT Fearless: Rise of the Johor Southern Tigers Arahan Leon Tan (produser War of the worlds: Goliath) Dilancarkan Bulan Ini – Wajib Tonton

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melancarkan filem dokumentari khas mengenai kisah perjalanan kelab JDT yang dinanti-nantikan dan dijangka akan disiarkan pada bulan ini juga (Februari).

Filem dokumentari ini mula difilemkan sejak 2019 dan diarahkan oleh Leon Tan (produser War of the worlds: Goliath) bersama pengarah filem terkemuka, Tony Pietra Arjuna.

Syarikat penerbitan yang berpengkalan di Singapura (108 Media) dipilih sebagai pemegang hak jualan untuk siri dokumentari khas JDT itu yang bertajuk “Fearless: Rise of the JOHOR Southern Tigers.”

Dokumentari itu mempunyai lima episod menceritakan tentang kisah perjalanan JDT sehingga menjadi sebuah kelab bola sepak yang berjaya di Asia.

Melalui carian di internet, 108 Media juga mempunyai hubungan kerjasama dengan beberapa syarikat penyiaran antarabangsa dan berkemungkinan akan ditayangkan di saluran Netflix, HBO dan Astro.

Ini adalah filem dokumentari yang wajib ditonton oleh para peminat dan penyokong bola sepak tempatan untuk mempelajari dan menimba pengalaman bagaimana pengurusan JDT berfungsi, pembinaan stadium baharu dan juga kehebatan penyokong setia mereka, “Boys of Straits”.

Disamping itu, JDT turut mengumumkan terdapat empat projek yang telah disenaraikan untuk beberapa minggu ini sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia musim 2021.

Menurut kenyataan daripada Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, mereka bakal memperkenalkan tiga pemain baharu diikuti dengan perasmian JDT Cycling Studio yang kini dalam pembinaan.

Selain itu, JDT akan melancarkan jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada 24 Februari ini.

Sumber : MalaysianGazzette

Kredit Foto : Johor Southern Tigers